Aduan Banjir di Kampung Stutong BDC Stampin, Kuching

Di sini kami ingin mengadu tentang masalah banjir yang sering berlaku di Kampung kediaman kami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana setiap kali air pasang, air dari longkang dan sungai akan melimpah dan memasuki halaman rumah kami.

Keadaan paling buruk yang pernah menimpa kami adalah ketika musim hujan disember tahun lepas. Air banjir setinggi hampir 3 kaki melimpah masuk ke dalam rumah dan menyebabkan kerosakan harta benda seperti perabot dan alat elektrik.

Kami berharap pihak-pihak yang khuatir datang untuk meninjau keadaan ini dan memberi bantuan. Sistem saliran yang baik amat diperlukan di kawasan kami.

Terima Kasih.

By: Sebastian Apeng

Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum W.B.T. & Salam 1Malaysia.

Disini saya ingin membuat aduan mengenai masalah banjir di kawasan perumahan saya yang terletak di salah sebuah kawasan elit iaitu di Bandaraya Alor Setar Kedah. Masalah banjir di kawasan perumahan saya masih tiada jalan penyelesaian sedangkan aduan telah beberapa kali dibuat kepada pihak yang berkenaan.

Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar

Sewaktu bencana alam ini menimpa, tiada seorang pun wakil rakyat yang sanggup turun padang untuk melihat kesusahan yang dihadapi oleh kami. Pelbagai perkakas rumah seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, kenderaan dan lain-lain rosak dan terpaksa kami alihkan tempat yang selamat.

Malahan wang ringgit dihabiskan untuk membeli peralatan baru akibat dihanyutkan oleh banjir. Tiada bantuan dihulurkan kepada kami. Persoalannya, sampai bila musibah banjir ini harus ditanggung oleh kami sedangkan terdapat jalan penyelesaian? Kawasan perumahan saya ini terletak di kawasan elit dimana laluan utama ke pusat bandaraya alor setar.

Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar

Oleh yang demikian, saya berharap pihak ARO sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat ini kepada pihak yang berkenaan untuk segera dipertimbangkan permasalahan yang membelenggu kami penduduk Taman Berjaya, Alor Setar,Kedah selama 6 tahun dapat diatasi dengan sebaiknya. Kerajasama daripada semua pihak amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Nota : Disini saya kepilkan beberapa gambar banjir di kawasan perumahan saya.

By: Arifah

Masalah longkang dan perparitan di Kg. Dendang, Ketereh

Sebagai penghuni yang tinggal di Ketereh, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan ketereh – Kg. Dendang yang sekian lama mengalami masalah banjir yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya dan penghuni.

Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mana semua “orang kuat”? Takkan nak tunggu masa mengundi baru nak buat jalan, nak buat parit? Sampai bila masalah ini harus berlarutan.

Minta pihak berwajib ambil tindakan segera agar keselamatan dan keselesaan rakyat didahulukan, bukan setakat pencapaian diutamakan.

Terima Kasih

By: mrhann

Bantahan Terhadap Ketidakadilan Dalam Pengagihan Rumah Bantuan Banjir

Berdasar tajuk di atas, saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara pengagihan rumah bantuan banjir besar di Kota Tinggi, Johor yang dimonopoli oleh orang-orang tertentu. Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telah memberi peruntukan kepada penduduk kampung berhampiran Sungai Johor untuk menerima penempatan baru bagi mangsa banjir besar tahun 2006/2007. Kampung-kampung yang tersenarai untuk menerima bantuan ialah Kampung Kelantan, Kampung Tembioh, Kampung Panti, Kampung Sungai Berangan, dan Kampung Makam. Namun saya tidak berpuas hati kerana terdapat beberapa aspek yang menjadi isu tentang cara pemilihan penduduk yang layak menerima.

1. Saya adalah salah seorang penduduk jati Kampung Kelantan, dilahirkan dan dibesarkan di sini, malahan masih menetap disini walaupun telah berkeluarga dan memiliki 4 orang anak. Namun saya telah dianggap tidak layak menerima bantuan rumah banjir di Taman Desa Sejahtera yang dibina untuk mangsa-mangsa banjir. Namun beberapa penyewa yang baru setahun tinggal di kawasan ini layak menerimanya. Paling mengecewakan, ada penyewa yang hanya tinggal di kawasan ini selepas banjir pula yang layak menerima. Saya telah menghantar Surat Rayuan kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Menteri Besar namun jawapan yang diterima sangat menghampakan.

2. Berdasarkan ucapan yang diberi oleh Dato’ Badri, bantuan ini diberi keutamaan kepada penduduk jati, pemilik rumah serta pemilik tanah namun penyewa yang banyak dapat berbanding penduduk jati. Untuk pengetahuan, sebelum banjir, saya telah membuat rumah dan sudah hampir 90% siap, namun semasa banjir terjadi saya serta anak-anak tinggal di rumah kakak saya, bersebelahan rumah saya yang dibina kerana menjaga arwah ayah saya yang sedang sakit ketika itu. Namun saya sangat kecewa kerana difahamkan oleh jawatan kuasa bahawa permohonan saya ditolak kerana tidak tinggal dirumah yang dibina ketika banjir melanda. Amat mengecewakan kerana mengikut logik akal, tidak mungkin saya tingal dirumah yang sedang dalam pembikinan walaupun sudah hampir 90% siap.

3. Saya juga berasa kecewa apabila mendapat tahu terdapat rumah yang sudah tidak diduduki selama beberapa tahun tetapi pemiliknya layak menerima rumah. Aduan telah dibuat kepada Penghulu tetapi saya telah dimarahi serta diberi amaran supaya tidak menghubungi beliau lagi. Terdapat juga pemilik tanah yang telah mendapat bantuan membina rumah baru diatas tanah mereka dari Parti PAS, menhairankan mengapa mereka juga layak menerima bantuan rumah sekali lagi. Juga menjadi tanda tanya apabila terdapat 4 sekuarga yang tinggal sebumbung pada waktu banjir melanda tetapi setiap keluarga menerima satu rumah bantuan setiap seorang. Saya juga merasa tidak berpuas hati apabila penduduk Kampung Panti juga menerima bantuan rumah sedangkan baru hanya sekali kampung tersebut dinaiki air. Malahan terdapat juga penduduk lain yang tidak layak menerima rumah sedangkan kami sama-sama menghuni pusat penempatam mangsa banjir ketika banjir berlaku.

4. Saya berharap segala adaun saya dikaji dan diambil tindakan. Saya benar-benar berharap agar saya layak menerima bantuan rumah ini kerana saya merupakan mangsa banjir besar yang melanda Kota Tinggi Johor pada tahun 2006/2007. Sekian sahaja aduan saya. Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

By: Haslinna Md Noor

Air masuk ke dalam rumah ketika hujan lebat

Untuk makluman, apabila hujan lebat, air daripada longkang tidak dapat mengalir dan telah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.

Hal ini sudah berlaku 2 kali, tetapi petang semalam (19 Nov 2011, selepas jam 5 ptg) adalah sangat buruk. Air yang masuk telah ditolak dengan penyapu lidi supaya mengalir ke dalam tandas berdekatan, tetapi setelah setengah jam, air daripada tandas pula tersumbat dan semakin memenuhi tandas.

Rumah baru sahaja diduduki pada bulan bulan Disember tahun lepas. Harap dapat bantu.

Tempat: Solok Ilmu 3, Taman Ilmu, 14300 Nibong Tebal

By: Ikhwan

Banjir Kilat Setiap Kali Hujan Lebat

Assalamualaikum. Disini saya ingin membuat aduan mengenai kejadian banjir kilat setiap kali hujan lebat akibat sistem perparitan yang tidak betul di Lorong Sungai Mulia 6, Gombak, Kuala Lumpur. Kejadian ini berlaku sejak 3 tahun yang lalu. Kami telah mengajukan masalah ini kepada pihak Jabatan Perparitan dan Saliran JPS Selangor tetapi tiada tindakan yang diambil. Sebaliknya JPS telah menolak kepada Majlis Bandaran Selayang. Apabila kami pergi ke Majlis Perbandaran Selayang, mereka pula mengatakan bahawa masalah ini adalah dibawah kuasa JPS.

Sampai bilakah kami terpaksa menanggung keadaan banjir yang membawa sampah sarap dan kadang-kadang ular yang membahayakan nyawa kami yang tinggal di sini. Bau yang busuk juga seringkali ditinggalkan sama.

Kami sudah tidak tahan dengan keadaan ini dan tidak tahu kepada siapa untuk mengadu. Ketua kampung dan wakil rakyat juga tidak mengambil peduli akan masalah yang kami hadapi ini. Saya dengan ini sangant-sangat berharap agar pihak aduan rakyat dapat membantu.

Sekian aduan saya. Terima kasih.

By: Ahmad

Masalah longkang dan perparitan di di Kg. Dendang, Ketereh

Sebagai penghuni yang tinggal di Kg. Dendang, Ketereh, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan ketereh – Kg. Dendang yang sekian lama mengalami masalah banjir yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya dan penghuni.

Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mana semua “orang kuat”? Takkan nak tunggu masa mengundi baru nak buat jalan, nak buat parit? Sampai bila masalah ini harus berlarutan.

Minta pihak berwajib ambil tindakan segera agar keselamatan rakyat didahulukan, bukan setakat pencapaian diutamakan.

Terima Kasih

By: syah

Kesusahan Guru dan Murid SK Jalan Muara Tuang

Saya mewakili PIBG SK Jalan Muara Tuang, Kota samarahan Sarawak ingin memohon pihak aduan rakyat untuk tampil membantu “memprihatinkan” pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk tampil membantu menyelesaikan masalah banjir di kawasan sekolah dengan kadar yang segera.

Untuk perhatian pihak aduan Rakyat, sekolah ini bukannya terletak di lokasi banjir. Untuk perhatian pihak aduan rakyat juga, masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya dan semakin parah hari ini.

Ketika aduan ini dibuat, pihak sekolah termasuk guru dan murid-murid baru sahaja selesai  melakukan operasi pembersihan ekoran kesan hujan lebat semalam. Kesan pembinaan projek perumahan berhampiran sekolah, telah menjadikan sekolah ini sebagai pusat takungan banjir.

Pihak sekolah telah mengambil segala tindakan yang sewajarnya, tetapi dukacita sehingga saat ini, tiada maklum balas dari semua pihak yang bertanggungjawab.

Masalah ini telah benar-benar membebankan pihak sekolah dan yang penting bukan setakat kemusnahan harta benda sahaja yang menjadi masalah utama, soal pembelajaran murid-murid pun terjejas. MOHON PEMBELAAN..

 

 

 

By: puterakubrik

Sistem Perparitan Tidak Memuaskan di Jalan Besar Paka-Dungun

Sebagai penghuni baru yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian tulang belakang negara, PETRONAS, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan Besar Paka-Dungun yang sekian lama mengalami masalah air bertakung yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya.

Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mungkin tak lama lagi papan tanda “kawasan kemalangan maut” akan dinaikkan. Masakan tidak, bila hujan lebat air akan bertakung penuh di atas jalan raya. Untuk orang Paka memang dah faham sangat, tapi bagaimana jika orang luar yang berhijrah ke Paka? Yang tak tahu keadaan jalan yang penuh dengan air, sudah tentu boleh mengundang musibah.

Pagi ini saya terserempak dengan satu kemalangan disebabkan keadaan jalan yang dipenuhi air. Mana semua “orang kuat”? Takkan nak tunggu masa mengundi baru nak buat jalan, nak buat parit? Sampai bila masalah ini harus berlarutan dan berapa ramai lagi yang keretanya akan berpusing dan melanggar tiang?

Minta pihak berwajib ambil tindakan segera agar keselamatan rakyat didahulukan, bukan setakat pencapaian diutamakan.

Terima Kasih

By: ady

Pemaju menutup sungai

Kami penduduk Kampung Padang Balang terutama sekali kawasan lot 119 dan lot berhampiran mengalami masalah air bertakung di kawasan rumah walaupun tiada hujan yang turun. Hasil tanaman mati kerana terendam di dalam air. Air bertakung tidak bergerak setelah seminggu telah bertukar warna dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Setelah pemeriksaan dibuat sepanjang laluan air dari longkang ke anak sungai mendapati anak sungai telah ditutup oleh oleh pemaju tanpa membuat laluan alternatif. Anak sungai ini sentiasa mengalirkan air sepanjang masa. Apabila ditutup akan menyebabkan kampung yang berdekat akan ditenggelami air.

Pemaju telah dimaklumkan, mereka berjanji untuk mengepam tetapi janji tidak dibuat. Bermula hari isnin 08hb hingga hari ini 13hb air masih lagi bertakung.

Mohon jasa baik tuan membuat tinjauan segera sebelum bukti dilupuskan oleh pihak pemaju.

By: Noorizan

Hakisan Tanah di Sik, Kedah

Saya dari Kampung Carok Kecil, Sik , Kedah ingin membuat aduan berkenaan dengan hakisan tanah di belakang rumah saya yang berlaku pada tahun lepas, tetapi sehingga sekarang masih tindakkan dari pihak berwajib.

Saya telah menghantar 3 pucuk surat kepada pihak berkenaan dan sampai sekarang tiada tindakkan. Semakin hari tanah tersebut semakin terhakis dan masalah ini telah menyebabkan laluan utama rumah saya hampir putus dan menyukarkan kepada penduduk lain kerana jalan tersebut adalah laluan utama bagi penduduk kampung.

Sebelum ini kampung tersebut telah mengalami banjir besar akibat daripada hakisan tanah tersebut. Saya harap pihak Aduan Rakyat dapat mengetengahkan masalah saya ini, kerana saya tidak tahu ingin mengadu pada sesiapa lagi. sekian aduan saya. terima kasih.

By: Daud Bin Mat Desa

Pihak berkenaan ambil ringan pemberian wang banjir pada mangsa

Saya adalah salah seorang mangsa banjir yang berlaku di segamat pada bulan febuari yang lepas beralamat Jalan Perling 5, Taman Perling, Segamat apa yang menghairankan saya telah membuat pendaftaran seperti yang diminta sehingga 3 kali tetapi mengapa wang ehsan tersebut berjumlah RM500 masih belum diterima oleh segelintir penduduk di sini. Apabila di tanya jawapannya ‘tak tahu’ dan setelah ditanya beberapa kali jawapannya kerana petukaran pegawai2 besar.

Apabila difikirkan balik kenapa ada yang sudah dapat dlm bulan march yang lepas yang dapat penduduk yang boleh dikatakan ‘kroni’ dan hanya membuat pendaftaran sekali sahaja, habis bagaimana dengan penduduk yang lain seperti saya sudah hampir 6bulan masih belum dapat jawapan sedangkan kami juga menanggung kerugian.adakah ada penyelewengan dalam tuntutan.seperti saya bagaimana hak -hak saya sebab saya akan berpindah kerana pekerjaan harap aduan rakyat dapat menjalankan siasatan untuk membela nasib kami yang terpinggir

By: MOHD ZAWAWI

Projek membina tebing sungai terbengkalai

Saya ingin membuat aduan di mana projek membina tebing sungai di kampung saya iaitu Kampung Kegayungan, Tuaran, Sabah terbengkalai. Penduduk di sini telah pun menunggu sekian lama. hanya alasan yg sama di beri “BELUM ADA PERUNTUKAN” padahal yb haji hajiji sendiri telah melawat dan meninjau tpt projek tersebut 4tahun lalu..

Satu persatu rumah akan runtuh ke sungai.. sekarang hanya menungu masa jalan raya dan surau kampung ini pulak jatuh ke sungai..

Saya sbg wakil penduduk kampung kegayungan tuaran sabah ingin menyuarakan rasa tidak puas hati,kepada pihak2 tertentu… tolong lah turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan kampung kami..

By: carlls