Banjir | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Archive for the ‘Banjir’ Category

Aduan Banjir di Kampung Stutong BDC Stampin, Kuching

Di sini kami ingin mengadu tentang masalah banjir yang sering berlaku di Kampung kediaman kami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana setiap kali air pasang, air dari longkang dan sungai akan melimpah dan memasuki halaman rumah kami.

Keadaan paling buruk yang pernah menimpa kami adalah ketika musim hujan disember tahun lepas. Air banjir setinggi hampir 3 kaki melimpah masuk ke dalam rumah dan menyebabkan kerosakan harta benda seperti perabot dan alat elektrik.

Read the rest of this entry »

Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum W.B.T. & Salam 1Malaysia.

Disini saya ingin membuat aduan mengenai masalah banjir di kawasan perumahan saya yang terletak di salah sebuah kawasan elit iaitu di Bandaraya Alor Setar Kedah. Masalah banjir di kawasan perumahan saya masih tiada jalan penyelesaian sedangkan aduan telah beberapa kali dibuat kepada pihak yang berkenaan.

Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar

Read the rest of this entry »

Masalah longkang dan perparitan di Kg. Dendang, Ketereh

Sebagai penghuni yang tinggal di Ketereh, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan ketereh – Kg. Dendang yang sekian lama mengalami masalah banjir yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya dan penghuni.

Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mana semua “orang kuat”? Takkan nak tunggu masa mengundi baru nak buat jalan, nak buat parit? Sampai bila masalah ini harus berlarutan.

Read the rest of this entry »

Bantahan Terhadap Ketidakadilan Dalam Pengagihan Rumah Bantuan Banjir

Berdasar tajuk di atas, saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara pengagihan rumah bantuan banjir besar di Kota Tinggi, Johor yang dimonopoli oleh orang-orang tertentu. Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telah memberi peruntukan kepada penduduk kampung berhampiran Sungai Johor untuk menerima penempatan baru bagi mangsa banjir besar tahun 2006/2007. Kampung-kampung yang tersenarai untuk menerima bantuan ialah Kampung Kelantan, Kampung Tembioh, Kampung Panti, Kampung Sungai Berangan, dan Kampung Makam. Namun saya tidak berpuas hati kerana terdapat beberapa aspek yang menjadi isu tentang cara pemilihan penduduk yang layak menerima.

1. Saya adalah salah seorang penduduk jati Kampung Kelantan, dilahirkan dan dibesarkan di sini, malahan masih menetap disini walaupun telah berkeluarga dan memiliki 4 orang anak. Namun saya telah dianggap tidak layak menerima bantuan rumah banjir di Taman Desa Sejahtera yang dibina untuk mangsa-mangsa banjir. Namun beberapa penyewa yang baru setahun tinggal di kawasan ini layak menerimanya. Paling mengecewakan, ada penyewa yang hanya tinggal di kawasan ini selepas banjir pula yang layak menerima. Saya telah menghantar Surat Rayuan kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Menteri Besar namun jawapan yang diterima sangat menghampakan.

Read the rest of this entry »

Air masuk ke dalam rumah ketika hujan lebat

Untuk makluman, apabila hujan lebat, air daripada longkang tidak dapat mengalir dan telah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.

Hal ini sudah berlaku 2 kali, tetapi petang semalam (19 Nov 2011, selepas jam 5 ptg) adalah sangat buruk. Air yang masuk telah ditolak dengan penyapu lidi supaya mengalir ke dalam tandas berdekatan, tetapi setelah setengah jam, air daripada tandas pula tersumbat dan semakin memenuhi tandas.

Rumah baru sahaja diduduki pada bulan bulan Disember tahun lepas. Harap dapat bantu.

Read the rest of this entry »

Banjir Kilat Setiap Kali Hujan Lebat

Assalamualaikum. Disini saya ingin membuat aduan mengenai kejadian banjir kilat setiap kali hujan lebat akibat sistem perparitan yang tidak betul di Lorong Sungai Mulia 6, Gombak, Kuala Lumpur. Kejadian ini berlaku sejak 3 tahun yang lalu. Kami telah mengajukan masalah ini kepada pihak Jabatan Perparitan dan Saliran JPS Selangor tetapi tiada tindakan yang diambil. Sebaliknya JPS telah menolak kepada Majlis Bandaran Selayang. Apabila kami pergi ke Majlis Perbandaran Selayang, mereka pula mengatakan bahawa masalah ini adalah dibawah kuasa JPS.

Sampai bilakah kami terpaksa menanggung keadaan banjir yang membawa sampah sarap dan kadang-kadang ular yang membahayakan nyawa kami yang tinggal di sini. Bau yang busuk juga seringkali ditinggalkan sama.

Read the rest of this entry »

Masalah longkang dan perparitan di di Kg. Dendang, Ketereh

Sebagai penghuni yang tinggal di Kg. Dendang, Ketereh, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan ketereh – Kg. Dendang yang sekian lama mengalami masalah banjir yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya dan penghuni.

Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mana semua “orang kuat”? Takkan nak tunggu masa mengundi baru nak buat jalan, nak buat parit? Sampai bila masalah ini harus berlarutan.

Read the rest of this entry »

Kesusahan Guru dan Murid SK Jalan Muara Tuang

Saya mewakili PIBG SK Jalan Muara Tuang, Kota samarahan Sarawak ingin memohon pihak aduan rakyat untuk tampil membantu “memprihatinkan” pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk tampil membantu menyelesaikan masalah banjir di kawasan sekolah dengan kadar yang segera.

Read the rest of this entry »

Sistem Perparitan Tidak Memuaskan di Jalan Besar Paka-Dungun

Sebagai penghuni baru yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian tulang belakang negara, PETRONAS, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan Besar Paka-Dungun yang sekian lama mengalami masalah air bertakung yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya.

Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mungkin tak lama lagi papan tanda “kawasan kemalangan maut” akan dinaikkan. Masakan tidak, bila hujan lebat air akan bertakung penuh di atas jalan raya. Untuk orang Paka memang dah faham sangat, tapi bagaimana jika orang luar yang berhijrah ke Paka? Yang tak tahu keadaan jalan yang penuh dengan air, sudah tentu boleh mengundang musibah.

Read the rest of this entry »

Pemaju menutup sungai

Kami penduduk Kampung Padang Balang terutama sekali kawasan lot 119 dan lot berhampiran mengalami masalah air bertakung di kawasan rumah walaupun tiada hujan yang turun. Hasil tanaman mati kerana terendam di dalam air. Air bertakung tidak bergerak setelah seminggu telah bertukar warna dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Setelah pemeriksaan dibuat sepanjang laluan air dari longkang ke anak sungai mendapati anak sungai telah ditutup oleh oleh pemaju tanpa membuat laluan alternatif. Anak sungai ini sentiasa mengalirkan air sepanjang masa. Apabila ditutup akan menyebabkan kampung yang berdekat akan ditenggelami air.

Read the rest of this entry »