Apartment / Condo | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Apartment / Condo’ Category

Laungan Azan Tidak di benarkan di Platinum Victory 3

Saya merupakan penduduk di Platinum Victory 3, Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Di kediaman ini, terdapat surau komuniti yang terletak di bawah blok untuk kegunaan penduduk setempat yang beragama Islam. Sedikit penerangan, di kawasan taman melati setapak, hampir semua penduduk nya adalah melayu dan beragama Islam, sehingga kawasan baru dibuka, di tepi lebuhraya MRR2, dinamakan melati utama, barulah terdapat percampuran penduduk pelbagai kaum. Masjid terdekat terletak di taman melati.

Berbalik kepada permasalahan awal, di kawasan PV3 (platinum victory 3), terdapat surau komuniti yang selalu digunakan. Oleh kerana dekat dengan UIAM, maka penduduk muslim bercampur dari serata negara.

Read the rest of this entry »

Penipuan oleh Pemaju Darulaman Realty

Saya telah menerima kunci rumah yang dibeli dari pemaju Darulaman Realty Sdn Bhd anak syarikat  Bina Darulaman Berhad dan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah sejak Mac, 2013 yang lalu.

Malangnya sehingga kini lebih setahun, masih belum lagi dapat menduduki rumah tersebut. Ini kerana rumah tersebut mengalami kecacatan akibat mutu pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi dan piawai kerana berlaku penipuan.

Read the rest of this entry »

Rakyat asing menguasai kawasan Kg Pandan dan Pandan Jaya

Assalamualaikum w.

1) Saya pernah menjadi penduduk setinggan di Kpg Dato Harun, Kpg Pandan, Kuala Lumpur (skrg dah Selangor)  selama 13 thn dr tahun 1983 sejak berumur 23thn. Sejak itu kaw ini dihujani oleh rakyat Indonesia & kini telah berubah wajah menjadi kpg Indonesia krn ramai orang2 Melayu di Kpg Pandan telah menjual rumah2 yg asalnya rumah REDA iaitu pemberian kerajaan Barisan dahulu telah dibeli oleh rakyat Indonesia. Berbagai jenis perniagaan contohnya mendirikan rumah2 sewa, kedai makan, kedai jamu & macam2 lg. Perkhidmatan bas awam yg lama juga dimonopoli oleh rakyat Indonesia dr konduktor hingga pemandunya. Malah sekolah2, klinik2 juga juga dihujani oleh anak2 rakyat Indonesia. Rasanya, kemurahan kerajaan kita telah disalahguna oleh rakyat Indonesia atau ini berlaku akibat kelalaian pihak yg berkuasa.

Perubahan yg tidak sihat ini amat membimbangkan & saya berharap pihak TV3 turunlah padang menyiasat keseluruhan aduan saya ini.

Read the rest of this entry »

Keadaan Flat PKNS Jalan SS3/39 Kelana Jaya terlalu usang

Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada akhbar sinar harian kerana telah menerbitkan aduan ini kerana banyak tindakan dan aduan telah saya utarakan kepada pemaju dan majlis tempatan namun sehingga kini aduan tersebut tidak diendahkan. Tujuan utama aduan saya adalah untuk mendapatkan keselesaan di tempat tinggal saya dan juga masyarakat lain yang tinggal di sini.

Saya ingin memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya dapat memperbaiki infrastruktur dan keadaan di flat PKNS Jalan SS3/39 Kelana Jaya. Ini adalah kerana keadaan dan persekitaran flat ini amat mendukacitakan dan terlalu usang. Padahal flat ini terletak bersebelahan dengan bangunan-bangunan baru yang berdiri megah dan bersebelahan dengan jalan utama iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong. Untuk makluman, flat ini telah diambil alih oleh ‘Joint Management Body’ (JMB) daripada pihak pemaju, namun sehingga kini tiada sebarang tanda bagi memastikan kawasan ini cantik dan selesa untuk didiami.

Read the rest of this entry »

Maksiat Kediaman Masterskill Lake View Apartment Tambun

As-Salam,

Saya adalah penduduk di kawasan Lake View Apartment, Tambun, Ipoh dimana kebanyakan unit-unit disini terutamanya di Blok J, disewa oleh pelajar-pelajar dari kolej masterskill ipoh.

Kebiasaanya mereka ini pada lewat malam bebas pergaulan diantara pelajar wanita dan lelaki dimana mereka menyusup masuk kedalam unit pasangan masing-masing untuk kegiatan tidak bermoral.

Read the rest of this entry »

Kegiatan ‘tabligh’ yang mencurigakan

Assalamu’alaikum…

Saya selaku penduduk di Pangsapuri Delima dan Seroja ingin memberi sedikit pandangn serta mengajukan aduan perihal kegiatan sekumpulan warga tempatan dan asing yang menggelar diri mereka sebagai ‘tabligh’ di surau milik kawasan perumahan saya/kami.

Kegiatan mereka ini memang sudah lama, sejak 2-3 tahun kebelakangan. Yang menjadikan tandatanya oleh segelintir penduduk disini ialah, adakah mereka ini mempunyai kelulusan atau kebenaran secara rasmi dari pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkaitan?

Read the rest of this entry »

Pendatang Asing di Nuri Court, Pandan Indah

Masalah warga asing yang tinggal di apartment, Nuri Court, Pandan Indah, selangor – ini memang amat merungsingkan kami semua penduduk di sini. Buat bising di tengah malam, renovation pada hari ahad and menbuang sampah dari atas. Bukan sekadar 3 ke 4 org yg duduk satu rumah, tapi 15 org. Bukan baru lagi perkara ini, dah lama tapi tindakan jarang dilakukan oleh pihak berkuasa di apartment kami. Report demi report telah diberi, tapi pendatang ini tak pernah ambil serious.

Bila kita tegur, mereka marah kita balik, sekarang ini kita pendatang ke dia org yg pendatang nie??

Read the rest of this entry »

JMB Mentari Court tidak bertanggungjawab

Saya adalah salah seorang penduduk yang sangat tidak berpuas hati dengan pihak JMB Mentari Court apartment Bandar sunway. Saya sudah menginap 5 tahun di sini. Pada bulan ogos 2012 baru-baru ini, kabel telekomunikasi pada bilik riser aparment ini telah dicuri. Masalahnya, sehingga sekarang bulan november 2012 masalah ini belum berjaya diselesaikan.

Alasan pihak JMB Mentari Court adalah sangat tidak munasabah. Pihak JMB mengatakan yang kabel itu dalah di bawah tanggunjawab pihak Telekom Malaysia (TM) padahal kabel riser sebenarnya adalah berada dibawah tanggungjawab pihak pengurusan apartment (JMB).

Read the rest of this entry »

JMB Mentari Court tidak bertanggungjawab

Saya salah seorang penduduk di Mentari Court bandar Sunway sangat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak JMB Mentari Court terhadap ketiadaan line telefon TM dan internet (streamyx) di rumah penghuni di sini sejak 4 bulan yang lalu.

Setiap bulan kami terpaksa membayar sedekah kebajikan sahaja kepada Telekom Malaysia sedangkan kami terpaksa menanggung masalah kerana tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Dan yang lebih mengecewakan kami ialah JMB seperti mengambil sikap ‘lepas tangan’ dan ‘acuh tak acuh’ apabila masalah itu diadukan kepada pihak pengurusan maintenance.

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan Pengurusan JMB Bukit Subang

Saya amat kecewa dengan pengurusan pihak JMB Bukit Subang, Shah Alam. Tahun 2010 kami telah di kenakan Caj RM68 untuk penukaran meter Pukal ke meter Individual. Bayaran tersebut telah saya jelas kan dan sehingga penukaran tidak dilakukan.

Amat menyedihkan caj air dikenakan sesuka hati terhadap penduduk tanpa memberi bil, invoice atau statement. Pada kakitangan JMB pulak ada yang tidak dikenakan caj air bg bulan2 tertentu, sedangkan kepada penduduk yang tidak tinggal di situ dikenakan juga caj air yang tidak munasabah.

Read the rest of this entry »

Harga Rumah Terlamapau Mahal di Bintulu

Saya merupakan salah seorang pendatang yang telah menetap di Bintulu kerana bekerja di sini. Saya dapati harga rumah di Bintulu, Sarawak adalah terlalu mahal bagi orang yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Beberapa minggu yang yang lalu, saya telah bertanya dengan pembangun harga rumah teres tengah 2 tingkat, dan harga jualan yang mereka beritahu ialah RM398000. Harga ini adalah agak tidak munasabah bagi mereka yang baru bekerja selama 5-10 tahun dan berpendapatan RM2000-3500.

Read the rest of this entry »

Tapak Pembuangan sampah di Taman Medan

Berhubung dengan tajuk di atas , saya ingin mengadu tentang tapak pelupusan sampah yang wujud , dan disyaki tanpa kelulusan. Saya sudah membuat laporan ke MBSJ dan Jabatan alam sekitar , namun tiada sebarang tindakan di ambil setelah seminggu.

Tapak yang sebelum ini menjadi tempat untuk sesetengah penduuduk memancing kini dipenuhi dengan sampah. Lokasi adalah di belakang blok Pangsapuri Desa Perangsang , Taman Medan dan berhadapan dengan sungai Klang.

Read the rest of this entry »

Kelewatan MPS mengeluarkan CF Pangsapuri Sri Harmonis

Saya adalah merupakan antara pembeli apartment Pangsapuri Sri Harmonis di Gombak yang masih lagi menanti CF(sijil layak menduduki) daripada Majlis Perbandaran Selayang, Apartment tersebut sudah mula di jual sejak tahun 2007 lagi, dan sudah lima tahun pembeli-pembeli menunggu.

Penantian kami lebih mengecewakan apabila rumah kami sudah siap & sudah diberi kunci oleh pemaju tetapi tak dibenarkan menduduki kerana tiada CF, kami juga terpaksa menanggung beban hutang bank yg dah mula meminta bayaran penuh bulanan, kami hanya mampu melihat Apartment Pangsapuri Sri Harmonis yang berdiri tersergam indah namun kami masih lagi tidak dibenarkan untuk menduduki.

Read the rest of this entry »