Apartment / Condo | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Archive for the ‘Apartment / Condo’ Category

JMB Mentari Court tidak bertanggungjawab

Saya adalah salah seorang penduduk yang sangat tidak berpuas hati dengan pihak JMB Mentari Court apartment Bandar sunway. Saya sudah menginap 5 tahun di sini. Pada bulan ogos 2012 baru-baru ini, kabel telekomunikasi pada bilik riser aparment ini telah dicuri. Masalahnya, sehingga sekarang bulan november 2012 masalah ini belum berjaya diselesaikan.

Alasan pihak JMB Mentari Court adalah sangat tidak munasabah. Pihak JMB mengatakan yang kabel itu dalah di bawah tanggunjawab pihak Telekom Malaysia (TM) padahal kabel riser sebenarnya adalah berada dibawah tanggungjawab pihak pengurusan apartment (JMB).

Read the rest of this entry »

JMB Mentari Court tidak bertanggungjawab

Saya salah seorang penduduk di Mentari Court bandar Sunway sangat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak JMB Mentari Court terhadap ketiadaan line telefon TM dan internet (streamyx) di rumah penghuni di sini sejak 4 bulan yang lalu.

Setiap bulan kami terpaksa membayar sedekah kebajikan sahaja kepada Telekom Malaysia sedangkan kami terpaksa menanggung masalah kerana tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Dan yang lebih mengecewakan kami ialah JMB seperti mengambil sikap ‘lepas tangan’ dan ‘acuh tak acuh’ apabila masalah itu diadukan kepada pihak pengurusan maintenance.

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan Pengurusan JMB Bukit Subang

Saya amat kecewa dengan pengurusan pihak JMB Bukit Subang, Shah Alam. Tahun 2010 kami telah di kenakan Caj RM68 untuk penukaran meter Pukal ke meter Individual. Bayaran tersebut telah saya jelas kan dan sehingga penukaran tidak dilakukan.

Amat menyedihkan caj air dikenakan sesuka hati terhadap penduduk tanpa memberi bil, invoice atau statement. Pada kakitangan JMB pulak ada yang tidak dikenakan caj air bg bulan2 tertentu, sedangkan kepada penduduk yang tidak tinggal di situ dikenakan juga caj air yang tidak munasabah.

Read the rest of this entry »

Harga Rumah Terlamapau Mahal di Bintulu

Saya merupakan salah seorang pendatang yang telah menetap di Bintulu kerana bekerja di sini. Saya dapati harga rumah di Bintulu, Sarawak adalah terlalu mahal bagi orang yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Beberapa minggu yang yang lalu, saya telah bertanya dengan pembangun harga rumah teres tengah 2 tingkat, dan harga jualan yang mereka beritahu ialah RM398000. Harga ini adalah agak tidak munasabah bagi mereka yang baru bekerja selama 5-10 tahun dan berpendapatan RM2000-3500.

Read the rest of this entry »

Tapak Pembuangan sampah di Taman Medan

Berhubung dengan tajuk di atas , saya ingin mengadu tentang tapak pelupusan sampah yang wujud , dan disyaki tanpa kelulusan. Saya sudah membuat laporan ke MBSJ dan Jabatan alam sekitar , namun tiada sebarang tindakan di ambil setelah seminggu.

Tapak yang sebelum ini menjadi tempat untuk sesetengah penduuduk memancing kini dipenuhi dengan sampah. Lokasi adalah di belakang blok Pangsapuri Desa Perangsang , Taman Medan dan berhadapan dengan sungai Klang.

Read the rest of this entry »

Kelewatan MPS mengeluarkan CF Pangsapuri Sri Harmonis

Saya adalah merupakan antara pembeli apartment Pangsapuri Sri Harmonis di Gombak yang masih lagi menanti CF(sijil layak menduduki) daripada Majlis Perbandaran Selayang, Apartment tersebut sudah mula di jual sejak tahun 2007 lagi, dan sudah lima tahun pembeli-pembeli menunggu.

Penantian kami lebih mengecewakan apabila rumah kami sudah siap & sudah diberi kunci oleh pemaju tetapi tak dibenarkan menduduki kerana tiada CF, kami juga terpaksa menanggung beban hutang bank yg dah mula meminta bayaran penuh bulanan, kami hanya mampu melihat Apartment Pangsapuri Sri Harmonis yang berdiri tersergam indah namun kami masih lagi tidak dibenarkan untuk menduduki.

Read the rest of this entry »

Tiara Bay Resort Bhd Tak Bayar Sewa apartmen pada Pemilik

Syarikat pengendali Tiara Beach Resorrts Port Dickson iaitu Tiara Bay Resor Bhd (558788-x)  sejak 2 tahun lebih telah tidak membayar sewa (lease back) kepada pemilik-pemilik apartmen yang disewa nya. Ini telah memberi kesan kepada lebih kurang 500 pemilik apartmen tersebut. Pemilik-pemilik telah menanggong beban untuk membayar hutang kepada Bank. Ada juga apartmen yang telah dilelong oleh pihak bank kerana pemilik tidak dapat membayar hutang bank Pihak pemyewa iaitu Tiara Bay Resorts Bhd tidak membayar sewa kepada mereeka.

Masaalah ini telah ditambah pula dengan kenaikkan charge kolam renang yang sangat tinggi. Pihak pengendali resort telah menaikkan harga untuk masuk ke Kolam Renang kepada pemilik-pemilik persendirian dan guest mereka dengan harga yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan lain-lain kolam renang.

Read the rest of this entry »

Pandan Heights Condo Management

Saya tinggal di Pandan Heights Condo, Pandan Perdana, Cheras saya ingin membuat aduan tentang management di Pandan Heights Condo dimana mereka tidak memberikan perkhidmatan dan keselesaan yang diharapkan oleh penduduk

Walaupun yuran maintenance bulanan dikutip malah maintenance fee dinaikan setahun lalu, tetapi kondisi dan bagunan masih buruk dan tidak diseleggara dengan baik, Tong sampah tidak disediakan di kawasan yang sepatutnya seperti di depan lif, lobi etc menyebabkan segelintir penduduk membuang sampah sesuka hati terutama di dalam lif, jika pihak management menempatkan tong sampah di depan lif, masalah sampah mungkin boleh dikurangkan.

Read the rest of this entry »

Penduduk Lagoon Perdana Di Aniaya Oleh Pihak JMB

Saya adalah salah seorang mangsa penganiayaan pihak JMB Lagoon Perdana. Saya sudah menginap 5 tahun di sini tetapi tiada apa-apa pun yang berubah. Lift di resindensi kami sudah lama rosak, hampir setahun sudah. Kami yang berkeluarga, warga tua anak-anak kecil sudah tidak mampu lagi naik turun tangga bangunan setinggi 18 tingkat.

Taman permainan anak kecil rosak penuh dengan lumut di lantainya menjadi kawasan warga asing berpesta dgn minum arak dan merokok setiap malam.

Read the rest of this entry »

Projek perumahan SPNB di Sandakan

Projek Perumahan SPNB ( Taman Permata ) di Bt 7 Jln Labuk Sandakan yang mula dibina pd tahun 2008 terbengkalai sehingga kini ( 2012 ) sedangkan kami telah dijanjikan projek tersebut siap dlm tahun 2010. Pembelian rumah tersebut melalui pinjaman kerajaan dan akan mula membayar mulai bulan APRIL 2012 melalui potongan Gaji ( Surat makluman dari Jab. Akauntan Negara sudah diterima )sedangkan struktur bangunan blok rumah saya belum kelihatan lagi. Lebih memeritkan lg dalam masa yg sama, saya juga terpaksa membayar sewa rumah yang saya duduki sejak tahun 2009 lg.

Slogan Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri ” RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” merupakan slogan kosong dan hanya bertujuan mengaburi mata ( menipu ) rakyat. Sykt Perumahan Negara Berhad ( SPNB- Company NO.444205-M beralamat Tgkt 16,Bangunan MAS, Jln Sultan Ismail, 50250 KL ) adalah sebuah sykt yg diperbadankan dan milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan GAGAL menjalankan tugasnya dengan berkesan dengan memantau projek perumahan yang banyak terbengkalai di seluruh negara khususnya di negeri Sabah dibawah kendalian SPNB.

Read the rest of this entry »