≡ Menu

Cashier Biadap di Tesco Bukit Tinggi

Saya telah pada 03/07/2018 pergi ke Tesco, Bukit Tinggi, Klang, Selangor dan beratur untuk buat bayaran pada pukul 12.24pm. Apabila sampai giliran saya, oleh sebab sebahagian barang-barang yang saya beli adalah untuk kegunaan sendiri manakala sebahagian adalah untuk kegunaan tempat kerja, saya minta Cashier Lelaki yang berbanga Indian yang tidak ada “name tag” tersebut untuk asingkan barang-barang yang saya beli dalam resit-resit yang berlainan atas sebab resit untuk barang-barang kegunaan tempat kerja perlu diserahkan kepada bos.

MALANGNYA, Cashier Lelaki yang BIADAP sekali tersebut menunjukkan perasaan yang marah dan tidak sabar dan kata: “yo belakang orag tunggu”. Apa maksudnya belakang orang tunggu?! Saya pun beratur dan tunggu-tunggu untuk membuat bayaran. Kalau orang depan saya beli 50 item barang pun saya kena tunggu juga! Ataupun dia fikir dia ada hak untuk menghalau pengguna-pengguna/pelanggan-pelanggan atas sebab dia berpangkat tinggi?

BACA:  Pensyarah Politeknik Nilai Tidak Bertanggungjawab

Selepasnya, sebaik saja sampai giliran saya untuk membuat bayaran, saya sudah memberitahu Cashier Lelaki tersebut bahawa saya perlukan plastik beg dan selepas bayaran di mana Cashier Lelaki tersebut telah bilkan bayaran plastik beg, AKAN TETAPI dia tidak bagi plastic beg langsung dan saya memperingatkannya, cuba bayangkan apa tindak balas Cashier Lelaki TESCO? CASHIER LELAKI TESCO YANG BIADAP tersebut buangkan plastik beg bagi saya dan saya perlu masukkan barang-barang tersebut.

BACA:  Tiada Sekolah di Bandar Bukit Raja Klang

Saya memang tidak kisah masukkan barang-barang sendiri TETAPI MASALAHNYA ADALAH CASHIER TESCO YANG MEWAKILI IMEJ TESCO tersebut BUANGKAN PLASTIK BEG KEPADA SAYA!!

Saya berasa sangat marah dan tanya kepadanya nama dia dan dia menjawab dengan BIADAP NAMANYA JEEVAN.

Inikah PERKHIDMATAN TERBAIK yang diperuntukkan oleh TESCO? Cuba bayangkan apa perasaan saya pada masa tersebut! Saya membelanja di TESCO tetapi mendapat LAYANAN TERUK dan dihina di depan orang ramai!!

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Lampu Isyarat Yang Membahayakan di Persiaran Kuala... Salam Sejahtera. Dengan segala hormatnya saya ingin membawa kepada perhatian tuan/puan berkenaan dengan keadaan lampu isyarat di persimpangan P...
Kelicikan Astro Dalam Membuat Pelarasan GST Selepa... Kelicikan Astro Dalam Membuat Pelarasan GST Selepas ZERO GST! Sebagai pelanggan setia Astro selama 12 tahun, saya berasa amat tidak berpuas hat...
Syabas Masih Tidak Memberi Respon Terhadap Pangsap... Bermula pada 7 am(22/12/2018) ketua pengerusi Pangsapuri Berembang Indah , Ampang,Kuala Lumpur telah membuat aduan kepada pihak SYABAS untuk membe...
Citylink Express, 1 Minggu Masih Tiada Berita I was informed by the sender of my parcel that the parcel was collected from them on Friday, 6th July 2018. On 10th July 2018, I checked the tracki...