Saya merupakan seorang kakitangan di sebuah syarikat swasta di Kompleks Pertama dan memandu kereta ke tempat kerja.  Selama lebih 5 tahun saya memakir kereta saya di tempat letak kereta di hadapan Kompleks Campbell  yang diusahakan oleh Tetuan Timur Carpark Sdn. Bhd.

Akan tetapi akhir-akhir ini saya dapati caj letak kereta yang dikenakan oleh pengusaha tersebut adalah amat tidak munasabah terutamanya di dalam bulan Ramadan ini. Caj yang biasa kenakan untuk “early bird” (iaitu dari awal pagi sehingga ke jam tertentu yang ditetapkan oleh pengusaha) adalah RM5.00 dan ianya telah dinaikkan kepada RM6.50 pada bulan Jun, 2012, tetapi mulai dari  20 Julai, 2012 caj yang dikenakan untuk “early bird” adalah RM10.00 dan ini adalah amat tidak munasabah.

Apa yang saya faham selama ini, bagi mereka yang memakir kereta awal (“early bird”) caj letak kereta adalah caj yang lebih murah dari mereka yang memakir kereta selepas dari masa yang telah ditetapkan, jika early bird dikenakan caj RM10.00, berapakah agaknya bayaran yang dikenakan bagi mereka yang memakir kereta di tempat letak tersebut selepas masa untuk early bird. Menurut pekerja di tempat letak kereta tersebut caj RM10.00 tersebut adalah untuk tempoh 1 bulan iaitu sepanjang bulan puasa.

Saya berharap agar pihak Aduan Rakyat dapat membantu saya dalam masaalah ini kerana saya merasakan pihak pengurusan tempat letak kereta di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman sengaja menaikkan caj letak kereta untuk mengaut keuntungan mudah sepanjang bulan perayaan ini.

By: Ms. Ho

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.