Semenjak kampung ini dibuka, separuh dari penduduk di kampung ini tidak menerima kemudahan bekalan elektrik. Aduan kepada pihak TNB telah lama dibuat tetapi sampai sekarang tiada tindak balas.

Bagi anak-anak yang masih bersekolah terpaksa membaca buku menggunakan pelita ayam. Selain itu, hanya 1 jalan kampung dan 1 jalan keretapi sahaja yang menghubungkan penduduk kampung dengan kawasan luar. Jika musim banjir dan air naik serta jalan keretapi rosak, penduduk tidak dapat keluar masuk, termasuk manghantar anak ke sekolah.

Bekalan air yang digunakan juga adalah dari kawasan bukit yang berhampiran dan tidak dapat dipastikan tahap kebersihannya. Kemudahan asas yang lain langsung tiada.

Kami barharap sangat pihak aduan rakyat dapat menolong kami kerana masalah ni sudah lama sangat dan tiada jalan penyelesaian walaupun kami ada YANG BERHORMAT, yang tak pernah nak tolong rakyat. Banyak cara sudah kami buat dan minta tolong tetapi tetap disekat oleh pihak yang kami tak tahu apa tujuannya.

Kami berharap kepada pihak aduan rakyat saja yang dapat menolong kami dan dapat merungkai masalah kami semua.kerjasama pihak aduan rakyat kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan kami akan terus menyokong rancangan aduan rakyat.

By: jamelah bt daud

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.