≡ Menu

Bekalan Air Di Raub, Pahang Makin Kritikal

Assalamualaikum… Salam sejahtera..

Saya terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa atas masalah bekalan air sekitar bandar Raub yang semakin kritikal dan berlarutan bertahun-tahun.

Masalah ketiadaan air semakin kerap terutama selepas hujan. Saya faham ini semua disebabkan masalah tapisan air….

Jika ikut pemerhatian saya,  dana sebanyak RM 4j telah disalurkan untuk menaiktaraf empangan dan dijanjikan menjelang Mei 2018 akan selesai masalah ini.

BACA:  Premis Perniagaan Retak di Kampung Temau

Persoalannya disini :

  1. Apa status terkini, dan kenapa berlarutan sehingga Disember 2018?
  2. Sehingga bila masalah ini harus dihadapi penduduk BANDAR Raub?
  3. Masalah ini telah menyebabkan mesin tapisan air seperti jenama Coway menghadapi kerosakan…. Siapa harus dipersalahkan….?

Harap dapat penjelasan memandangkan isu telah lama dan masalah seperti ini hanya biasa berlaku di kampung2 bukannya Bandar besar seperti Raub.

BACA:  Pencemaran Air Terawat Di Cameron Highlands

Mewakili penduduk Raub yang semakin risau…

Terima kasih.

 

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Masalah Gangguan Bekalan Air Yang Berterusan di Ra... Assalamualaikum & Selamat Pagi Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada TV3 kerana menyediakan platform kepada kami golongan rakya...
Kenaikan Elaun PPMS Kemas Mohon kerajaan semak semula elaun saguhati buat ppms kemas. Hanya RM500 diberikan setiap bulan tetapi kami berkerja sama seperti yg lain. Kerja da...
Pencemaran Air Terawat Di Cameron Highlands Orang awam dan pelancong terpaksa menggunakan air terawat yang tercemar yang dibekalkan oleh PAIP di Tanah Tinggi Cameron Highlands. Kerajaan N...
Air Kumbahan Mengalir ke Tanah Persendirian Semenjak perumahan bantuan mangsa banjir di kuala tahan Jerantut Pahang dibangunkan, air kotor yang mengalir dari longkang perumahan terbabit telah me...