Bayaran Tol Jambatan ASEAN
Saya ingin membuat aduan tentang bayaran tol jambatan ASEAN yang menyeberangi Sungai Baram di Miri. Kadar bayaran yang dikenakan adalah terlalu mahal iaitu RM10.00 bagi sekali perjalanan untuk kenderaan persendirian. Sedangkan panjang jambatan tersebut tidak sampai 2km pun. Adalah diharapkan agar kadar bayaran tersebut dapat dikurangkan seperti mana kadar tol di tempat lain yang lebih murah dan ada diantaranya yang telah dihapuskan demi kepentingan rakyat jelata.
Bagi kami yang menggunakan jambatan tersebut setiap hari, kadar itu amat membebankan dan tidak langsung membantu kami. Jika perkhidmatan feri masih beroperasi, sudah tentu kami tidak akan menggunakan jambatan mahal ini kerana pendapatan kami tidaklah seberapa. Dan yang pasti pihak empunya jambatan tersebut dan kuncu-kuncu mereka telah menghisap darah pengguna dengan sewenang-wenangnya.
Jambatan Pulau Pinang lebih panjang dan selesa namun kadar tolnya jauh lebih rendah berbanding Jambatan ASEAN ini. Kurangkanlah bayaran tol tersebut sebelum kami mengurang jumlah undi kepada wakil rakyat kawasan terbabit.
By: Azman
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Abu Kasim
-
Summergirlz_88
-
mirian






