Bayaran Masuk Ke Water Parks di iCity

Pada 16 November 2012, hari Jumaat saya dan keluarga pergi ke iCity dan water park yang baru dilancar pada 15 November 2012. Kami sangat teruja untuk melihat dan menikmati apa yang ditawarkan di situ. Di kaunter tiket kami dimaklumkan terdapat 2 pakej harga iaitu untuk hari bekerja (weekdays) iaitu RM 35.00 untuk dewasa dan hari minggu (weekend), iaitu RM 40.00 untuk dewasa.

Semasa membuat pembelian tikat pada hari tersebut, hari Jumaat (weekdays), kami dikenakan bayaran RM40.00 seorang dewasa. Apabila saya membuat pertanyaan dikaunter tiket tersebut mengapa harga tiker RM40.00, saya dimaklumkan bahawa RM40.00 adalah kerana musim cuti sekolah. Saya tidak berpuas hati kerana dalam phamplets dan papantanda di kaunter tiket tidakĀ  disebut langsung harga pada musim cuti sekolah.

Yang ditulis pada papantanda dan phamplet cuma hagra pada “weekday” dan “weekend” sahaja, tiada kadar pada musim cuti sekolah. Saya rasa kami dan juga pengunjung lain telah tertipu atau ditipu. Walaupun beza harga hanya RM5.00 per tiket, ianya adah satu penipuan kerana pihak pengurusan tidak ikut apa yang ditulis dan dinyatakan pada papantanda/phamplets yang dipamirkan.

By: abdul ghaffar bin zakaria

25 thoughts on “Bayaran Masuk Ke Water Parks di iCity”

          1. pegi Sunway Lagoon lgi syok…mahal2 tp byk slide,ride,park kan..ICT bukannya byk park pon…x patot…time nak balik pun kena bayar parking 10 ringgit….ape kejadahnye mahal…

      1. betul2….haritu gi ict mlam2 hujan kot….baru 15 minit smpai ict dah hujan…. kami nak mndi mlm2 xde ramai org kan….cuaca x menentu…harga x berbaloi lgi….ICT2…..ape mau jadi……ak saman gak kang….baik gi Sunway Lagoon besar park dia…harga pon ok je…mahal2 tp byk benda kat situ kan….

  1. ridiculously priced!!.. kami pergi swimming di public swimming pool di singapore, yg sgt2 luas dgn segala slides, wave pool, lazy pool, kids pool, competition pool etc etc dgn hanya SD2 (adult) & SD1 (children).. snow walk pun mahal sgt2.. sekangkang kera jer pun.. letak la RM10-RM15 ok dah kot..

  2. Saya nak komplen pasal surau I city yang terlampau kecil semacamenghina tempat ibadat orang islam sedangkan kita negara islam

  3. Saya baru pergi Ict themepark shah alam hari ni, sepatutnya bayaran Rm 50 seorang dewasa termasuk sekali snow walk, tetapi bila hendak ke snow walk perlu buat bayaran lagi 25 untuk dewasa, saya membayar RM 185 untuk 3 orang dewasa dan 1 kanak kanak, hanya untuk masuk waterpark, juga terdapat caj yang tidak dinyatakan dengan jelas, seolah2 pihak ict sesuka hati mengenakan bayaran kepada pengunjung..

  4. duit punye pasal sanggup nak tipu penggunjung last2 kami masuk dlm kene plak lg bayaran yg xsepatutnya jgn nak untung lebih sgt laaaaaaaa wet world pun ok gak

  5. tah pape.icity tu bosan gila.ak xpaham kenapa orang suka sgt dtg tempat tu.zzz
    tu la buat lagi bangunan tah pape tempat xde LRT/KTM nanti confirm2 jam

  6. Saya melawat seorang kawan yg tinggal d pelangi damansara aparment..punya la terkejut sebab kawasan tu sangat kotor sekitar nya besepah dengan sampah sarap. Tempat buang sampah penuh jer dgn sampah sarap. Hai i pun hairan mcm mana penghuni disitu dpt hidup disana dgn pemandangan yg sgt kotor dpenuhi sampah sarap.

  7. tp kan Sunway Lagoon lgi best lah…byk park….byk ride dan mcm2 lgi….ICT pnyalah mahal park dia…Sunway boleh mahal sbb byk park…baik ak gi Sunway Lagoon lgi syok!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>