Pada 16 November 2012, hari Jumaat saya dan keluarga pergi ke iCity dan water park yang baru dilancar pada 15 November 2012. Kami sangat teruja untuk melihat dan menikmati apa yang ditawarkan di situ. Di kaunter tiket kami dimaklumkan terdapat 2 pakej harga iaitu untuk hari bekerja (weekdays) iaitu RM 35.00 untuk dewasa dan hari minggu (weekend), iaitu RM 40.00 untuk dewasa.

Semasa membuat pembelian tikat pada hari tersebut, hari Jumaat (weekdays), kami dikenakan bayaran RM40.00 seorang dewasa. Apabila saya membuat pertanyaan dikaunter tiket tersebut mengapa harga tiker RM40.00, saya dimaklumkan bahawa RM40.00 adalah kerana musim cuti sekolah. Saya tidak berpuas hati kerana dalam phamplets dan papantanda di kaunter tiket tidak  disebut langsung harga pada musim cuti sekolah.

Yang ditulis pada papantanda dan phamplet cuma hagra pada “weekday” dan “weekend” sahaja, tiada kadar pada musim cuti sekolah. Saya rasa kami dan juga pengunjung lain telah tertipu atau ditipu. Walaupun beza harga hanya RM5.00 per tiket, ianya adah satu penipuan kerana pihak pengurusan tidak ikut apa yang ditulis dan dinyatakan pada papantanda/phamplets yang dipamirkan.

By: abdul ghaffar bin zakaria

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.