Assalamualaikum dan salam sejahtera, di sini saya ingin mengetengahkan aduan tentang sebuah hospital kerajaan di melaka,iaitu Hospital alor gajah yang mewajibkan bayaran sebanyak RM 100 ringgit untuk pemeriksaan xray.

Perkara ini berlaku terhadap ayah saya yang berumur 66 tahun,sebelum ini ayah saya merupakan seorang pengawal keselamatan yang bersenjata api,setelah umurnya meningkat,ayah saya sudah tidak bekerja,dan diwajibkan untuk melakukan medical check up setiap tahun untuk menghidupkan lesen senjata api,perkara ini turut membebankan orang lain selain ayah saya.

Di sini saya berharap aduan rakyat dapat mengambil perhatian terhadap aduan saya ini.Terima kasih.

By: hafizan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.