≡ Menu

Banjir Kilat Bulanan Penduduk Taman Kuso, Kota Tinggi

Tuan/ Puan,

Saya mewakili penduduk Taman Kuso, Kota Tinggi bagi Jalan Balau 4, 5 dan 6 hari ini tergerak hati untuk menyampaikan aduan masalah yang telah berlaku sejak 30 tahun lalu.

Sepertimana perkara di atas, masalah banjir kilat setiap bulan ini berlaku bukanlah disebabkan oleh hujan yang turun tetapi limpahan air Sungai Kemang setiap kali berlaku air pasang.

Untuk makluman tuan, perkara ini hanya berlaku kepada penduduk Taman Kuso di sekitar Jalan Balau 4, 5 dan 6 sahaja kerana kedudukan aras tanah di bawah paras air pasang dan berhampiran dengan Sungai Kemang.

BACA:  Masalah Tapak Pembuangan Sampah di Kampung Kelicap

Masalah ini bukanlah tidak pernah disampaikan kepada sesiapa, akhirnya penyelesaian bagi masalah ini dilaksanakan oleh pihak JPS dengan membina pintu air bagi menghalang limpahan air  dari Sungai Johor ke Sungai Kemang.

Usaha yang dilakukan oleh pihak JPS nampaknya menjadi sia- sia sahaja apabila pintu air yang baru sahaja siap tahun lalu tidak dapat berfungsi dengan baik kerana ianya langsung tidak mampu menghalang limpahan air Sungai Johor masuk ke Sungai Kemang.

BACA:  Hakisan Tebing ke 2 di Kampung Tambirat Asajaya

Semoga dengan aduan ini, pihak kerajaan dapat memantau hasil projek pintu air Sg Kemang ini yang difahamkan telah menelan belanja jutaan ringgit.

Sekian, terima kasih.

MOHAMAD FAIZAL BIN AMIN
NO 4, JALAN BALAU 5,
TAMAN KUSO 81900
KOTA TINGGI, JOHOR
0137217455

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Isu Pembayaran Elaun Petugas Sukarelawan APM Saya juga salah seorang petugas APM di daerah Muar. Setakat ini di Johor belum ada masalah elaun tertunggak. Namun begitu, terdapat sedikit kelewa...
Masalah Tapak Pembuangan Sampah di Kampung Kelicap Satu lagi tapak pembuangan sampah baharu telah di buka di Kampung Kelicap, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Kawasan pembuangan sampah tersebut terla...