Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum W.B.T. & Salam 1Malaysia.

Disini saya ingin membuat aduan mengenai masalah banjir di kawasan perumahan saya yang terletak di salah sebuah kawasan elit iaitu di Bandaraya Alor Setar Kedah. Masalah banjir di kawasan perumahan saya masih tiada jalan penyelesaian sedangkan aduan telah beberapa kali dibuat kepada pihak yang berkenaan.

Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar

Sewaktu bencana alam ini menimpa, tiada seorang pun wakil rakyat yang sanggup turun padang untuk melihat kesusahan yang dihadapi oleh kami. Pelbagai perkakas rumah seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, kenderaan dan lain-lain rosak dan terpaksa kami alihkan tempat yang selamat.

Malahan wang ringgit dihabiskan untuk membeli peralatan baru akibat dihanyutkan oleh banjir. Tiada bantuan dihulurkan kepada kami. Persoalannya, sampai bila musibah banjir ini harus ditanggung oleh kami sedangkan terdapat jalan penyelesaian? Kawasan perumahan saya ini terletak di kawasan elit dimana laluan utama ke pusat bandaraya alor setar.

Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar

Oleh yang demikian, saya berharap pihak ARO sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat ini kepada pihak yang berkenaan untuk segera dipertimbangkan permasalahan yang membelenggu kami penduduk Taman Berjaya, Alor Setar,Kedah selama 6 tahun dapat diatasi dengan sebaiknya. Kerajasama daripada semua pihak amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Nota : Disini saya kepilkan beberapa gambar banjir di kawasan perumahan saya.

By: Arifah

One thought on “Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar, Kedah”

  1. kedah bukannya tambah maju, bahkan tambah mundur. lihat saja jalan lubang sasini tak berturap, rumput dlm taman taman tak dipotong mengikut jadual, sampah tidak diambil pd masanya, pembangunan tiada langsung.
    bila nak maju………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>