Assalamualaikum W.B.T. & Salam 1Malaysia.

Disini saya ingin membuat aduan mengenai masalah banjir di kawasan perumahan saya yang terletak di salah sebuah kawasan elit iaitu di Bandaraya Alor Setar Kedah. Masalah banjir di kawasan perumahan saya masih tiada jalan penyelesaian sedangkan aduan telah beberapa kali dibuat kepada pihak yang berkenaan.

Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar

Sewaktu bencana alam ini menimpa, tiada seorang pun wakil rakyat yang sanggup turun padang untuk melihat kesusahan yang dihadapi oleh kami. Pelbagai perkakas rumah seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, kenderaan dan lain-lain rosak dan terpaksa kami alihkan tempat yang selamat.

Malahan wang ringgit dihabiskan untuk membeli peralatan baru akibat dihanyutkan oleh banjir. Tiada bantuan dihulurkan kepada kami. Persoalannya, sampai bila musibah banjir ini harus ditanggung oleh kami sedangkan terdapat jalan penyelesaian? Kawasan perumahan saya ini terletak di kawasan elit dimana laluan utama ke pusat bandaraya alor setar.

Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar

Oleh yang demikian, saya berharap pihak ARO sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat ini kepada pihak yang berkenaan untuk segera dipertimbangkan permasalahan yang membelenggu kami penduduk Taman Berjaya, Alor Setar,Kedah selama 6 tahun dapat diatasi dengan sebaiknya. Kerajasama daripada semua pihak amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Nota : Disini saya kepilkan beberapa gambar banjir di kawasan perumahan saya.

By: Arifah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.