≡ Menu

Bagaimana Pemilihan Tender Masakan & Makanan Asrama dipilih dan dimana ketelusan?

Assalamualaikum,

Saya sebenarnya mewakili hampir 90% kontraktor bumiputera & tempatan didaerah saya yang sedikit rasa kecewa dengan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membuat keputusan tentang permohonan tender masakan Asrama didaerah kami.

Tidak menidakkan rezeki Allah kurniakan tetapi sedikit rasa ragu dan sangsi bagaimana 10 buah sekolah yang dibuka untuk kontraktor mencuba telah diberikan & diluluskan tender itu kepada kontraktor luar dari daerah ini dan lebih menyedihkan, 4 buah sekolah diberikan kepada kontraktor dari negeri kedah, sedangkan daerah kami dinegeri perak.

Sekiranya anda yang membaca, dimana logiknya tender dinegeri perak, dan tertera disetiap borang dengan perkataan ini, “KONTRAKTOR TEMPATAN DIBERIKAN KEUTAMAAN”, bagaimanakah kontraktor Negeri Kedah lebih layak? Mgknkah dari beribu permohonan kontraktor tempatan satu pun tidak layak?

Malu bila nk sebut Timbalan Presiden UMNO yang menerajui Kementerian ini. Kami kontraktor yang berhempas pulas bila tiba pilihanraya untuk UMNO tanpa mengira masa, wang ringgit dikeluarkan, tetapi ditolak mentah2 dan kontraktor dari negeri yang terang-terangan telah menentang kerajaan sekarang ini yang diberikan habuan. Tak mengapa, kerana perjuangan kami bukan untuk ini, perjuangan kami untuk anak cucu kami nanti.

Walaupun Perak pernah ditadbir 11 bulan oleh pembangkang, ingat TPM, DUN & Parlimen kami tak pernah jatuh ketangan pembangkang. Tapi untuk yang akan dtg, sememangnya sy jangkakan lebih ramai kontraktor yg akan berubah haluan. Bukan kerana tender ini, bukan kecewa kerana tidak dapat, tapi kecewa dengan KETIDAKTELUSAN kementerian yang diterajui TPM sendiri. Malu sebanarnya nak mengaku UMNO masih relevan, kerana pemimpin tertinggi masih lagi terlepas pandang dengan hal sebegini. Maaf sekiranya kasar kata2 saya, tapi ini hakikat yang sememangnya terjadi.

Hamba Allah

By: Hamba Allah

{ 12 comments… add one }

  • rakyatm'sia June 12, 2012, 11:57

    yeahh..ubahlah haluan anda

  • Melati June 12, 2012, 12:11

    Kontraktor dari Kedah tu pun umno.. tak…..

    • Ibu Perihatin June 12, 2012, 12:57

      Saya rasa kontraktor dr Kedah tu sedara-mara dia kot..

  • Ibu Perihatin June 12, 2012, 12:56

    Ini adalah kenyataan yg dah berlaku sejak umno memerintah dari dulu lagi. skng baru perasan @ selama ni buta hati & perasaan @ mmg saje pejam mata? Bukan di Perak je tp di seluruh negara. Di kalangan org2 umno sdri pun dema dok bg kat sedara-mara dema dulu. Sedara-mara dah kaya, dah “kembung perut” smpi x leh nak masuk br perasan org2 sisi yg “kurus kering”. Skng Malaysia perlukan perubahan. Buka2 ler mata tp dgn mata hati bkn mata kasar. Dengar2kanlah kata hati dan pikir2kanlah. 

  • Peneroka Felda June 12, 2012, 14:03

    Dh kalau tender dia lagi bagus dari kau, nak cakap mcmana lagi..diberi keutamaan bukan bererti dapat okay..

  • Shila June 12, 2012, 14:44

    diberi keutamaan je bkn beerti dapat terus. mungkin harga yang ditawarkan lebih murah berbanding org perak yg cekik darah kot. lagipun bknnya TPM yg bt keputusan tender. pegawai gov dr pelbagai negeri & dipersetujui bersama. ada kaitan ngan parti politik ke…

    • Akhyul June 16, 2012, 09:48

      Shila,

      Kamu pernah terlibat dengan tender ke?. Jangan main serkap jarang – kelak akan menimbulkan fitnah.

      Saya bersetuju dengan keluhan pengadu, minta maaf kata yer, zaman sekarang nie, tender yang kecil2 pun boleh sampai ke pihak atasan. Duit, walau RM1 pun orang berebut.

      Saya memang tidak bersetuju dengan penganugerahan tender pada pihak luar. Pengalaman sendiri, ada orang yang saya kenal, duduk di KL, tapi dapat tender nun jauh di Jengka. 

  • Zie June 12, 2012, 14:47

    Betul pun, makan di uitm jengka mahal…tolonglah kementerian & pihak pentadbiran uitm jengka pantau

  • Azman Harun June 13, 2012, 12:55

    Rompakan disiang hari. Tender rendah pun tak semestinya dapat.  Jadi berapa boleh kasi offer….

  • kreko October 21, 2012, 21:24

    tipikal melayu, yang kalah tender masuk pembangkang, kemudian sabotaj parti pemerintah. tak pernah buat post mortem kenapa kalah tender. bagi mereka, kalah tender sebab orang lain dah suap orang atas. sedih.

    sentiasa nak diatas, tak pernah cuba di bawah. kenapa tak masuk sub kerja, kenapa tak ambil yang kecil, kenapa tak berniaga sampingan? mestikah bergantung hanya pada satu sumber? jadilah macam peniaga cina, kerja sub untuk main contractor, mula dengan bekal pekerja, kemudian ambil kerja kecil-kecilan, kumpul modal, jaga kebajikan pekerja.

    kontraktor melayu, jangan berniaga kalau tak bersedia dengan cabaran. jangan mengalah bila kalah. mulakan dengan kecil, pastikan yang kecil sentiasa dijaga, biar ia bercambah, walau perlahan, usaha. insyaAllah rezeki tak kemana. Allah sentiasa menjaga kita. yang penting, DOA.

    Amin~

    • Lizawati Binti Abd Rahman July 4, 2014, 21:46

      Yes setuju

  • ZuLz May 22, 2013, 02:35

    Jangan mengeluh atau kecewa,kita inginkan rama2 tapi Allah beri kita ulat bulu..Setiap yang berlaku ada hikmahnya,kalau x dapat tender ertinya bukan rezeki anda la..That’s it..Berusaha dan berdoalah terhadap Allah swt supaya kita diberi rezeki yang halal,kalau boleh hindari diri daripada sikap atau sistem lobi melobi.Ingat bukan mereka yang beri KITA rezeki,tetapi ALLAH la yang memberi kita segala-galanya..

Leave a Comment