Assalamualaikum,

Saya sebenarnya mewakili hampir 90% kontraktor bumiputera & tempatan didaerah saya yang sedikit rasa kecewa dengan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membuat keputusan tentang permohonan tender masakan Asrama didaerah kami.

Tidak menidakkan rezeki Allah kurniakan tetapi sedikit rasa ragu dan sangsi bagaimana 10 buah sekolah yang dibuka untuk kontraktor mencuba telah diberikan & diluluskan tender itu kepada kontraktor luar dari daerah ini dan lebih menyedihkan, 4 buah sekolah diberikan kepada kontraktor dari negeri kedah, sedangkan daerah kami dinegeri perak.

Sekiranya anda yang membaca, dimana logiknya tender dinegeri perak, dan tertera disetiap borang dengan perkataan ini, “KONTRAKTOR TEMPATAN DIBERIKAN KEUTAMAAN”, bagaimanakah kontraktor Negeri Kedah lebih layak? Mgknkah dari beribu permohonan kontraktor tempatan satu pun tidak layak?

Malu bila nk sebut Timbalan Presiden UMNO yang menerajui Kementerian ini. Kami kontraktor yang berhempas pulas bila tiba pilihanraya untuk UMNO tanpa mengira masa, wang ringgit dikeluarkan, tetapi ditolak mentah2 dan kontraktor dari negeri yang terang-terangan telah menentang kerajaan sekarang ini yang diberikan habuan. Tak mengapa, kerana perjuangan kami bukan untuk ini, perjuangan kami untuk anak cucu kami nanti.

Walaupun Perak pernah ditadbir 11 bulan oleh pembangkang, ingat TPM, DUN & Parlimen kami tak pernah jatuh ketangan pembangkang. Tapi untuk yang akan dtg, sememangnya sy jangkakan lebih ramai kontraktor yg akan berubah haluan. Bukan kerana tender ini, bukan kecewa kerana tidak dapat, tapi kecewa dengan KETIDAKTELUSAN kementerian yang diterajui TPM sendiri. Malu sebanarnya nak mengaku UMNO masih relevan, kerana pemimpin tertinggi masih lagi terlepas pandang dengan hal sebegini. Maaf sekiranya kasar kata2 saya, tapi ini hakikat yang sememangnya terjadi.

Hamba Allah

By: Hamba Allah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.