Saya adalah salah seorang penduduk di Taman Saga yang baru saja menghuni di perumahan taman ini. Soalan yang ingin saya ajukan di sini ialah, adakah pihak Petronas telah menghantar kakitangannya untuk memeriksa tong gas rumah ke rumah di Taman Saga?

Aduan saya ini rentetan dari kedatangan seorang pemuda yang berpakain Petronas di luar pagar rumah dalam jam 11.30am tadi. Kelihatan juga seorang lagi pemuda yang berpakaian sama memanggil-manggil jiran sebelah rumah saya. Apabila saya bertanya apakah tujuan kedatangan mereka, pemuda itu (dengan loghat Indonesia) menjawab mereka di hantar oleh pihak Petronas untuk memeriksa tong gas rumah ke rumah tiga bulan sekali.

Pemuda itu seperti memaksa saya agar memberi keizinan pada mereka untuk menjalankan tugas. Tanpa berpikir panjang saya terus menutup pintu rumah tanpa bercakap banyak lagi. Dengan adanya aduan saya ini saya berharap pihak berkenaan perlu memberi jawapan dengan segera agar saya serta penghuni tidak berada dalam keadaan penuh kemusykilan. Saya juga berharap agar ada anggota polis yang membuat rondaan di sekitar Taman Saga, Ampang. Aduan demi keselamatan! keselamatan untuk kesejahteraan! kesejahteraan semua rakyat!

By: Syakina Al Idrus

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.