Saya amat kecewa dengan pihak Astro. Saya melanggan Astro yang sebelum ini di gembar-gemburkan sangat bagus dengan siaran yang pelbagai khas untuk anak saya.

Tapi ternyata siaran selalu diulang-ulang sehingga bosan. Bukan khidmat percuma dibayar, bukan itu sahaja senikata alih bahasa dalam sistem ada tapi sebenarnya tiada.

Bila komplain kepada Astro, boleh pihak Astro menyatakan kepada saya untuk buat aduan setiap kali tiada senikata or alih suara katanya sisitem problem. Masalah nyer takkan setiap hari, saya amat berharap ada pihak yang mampu menundukkan keegoan pihak Astro ini seperti tidak takut dengan pengguna.

Hal ini saya dapat kepastian melalui perbincangan saya dengan pihak Astro. Saya ingin menutup akaun yang makin hari makin mahal dah laa pasang Astro kita kena bayar rm 199, nak tutup akaun kene tunggu setahun kalau tidak kene denda apa ini. Sedangkan saya tak dimaklumkan berkenaan kontrak apa2 pun. Tolong-tolong sudah tidak ada keadilan pengguna dipermain2kan seperti kita ini manusia tak bertamadun dan sangat bodoh bagi pihak Astro.

Dengan istilah kata lain marah2 laa kita pihak astro tidak takut kerana tiada siapa berani membetulkan keadaan siapa berapi saya ade kontrak yang tersembunyi jika masuk astro kami anda pasti diam.apa ini saya malu jadi rakyat malaysia sekiranya masalah astro yang sekecil ini pun tidak dapat diselesaikan undi untuk apa beratur panjang2 ini saya dapat dimana hak saya sebagai pengguna tersekat dengan kepalsuan dan penindasan yang terang lagi jelas cuma buat2 tak nampak.aduan rakyat ,,,,,ya saya rakyat malaysia dan pengundi yang sanggup beratur untuk segalanya .harapan saya bantu lah kami penguna yang diperbodohkan ini secara terang lagi berani.maaf jika terkasar bahasa.

Saya fikir ramai org di luar sana yang lagi banyak tertipu dan tak tau ingin mengadu kepada siapa.perkhidmatan dibayar bukan percuma,,,tapi perkhidmatan yang diberi seperti kita pengguna bodoh dan tidak berakal.insyaalah setiap hari saya akan email dan email kepada mana2 web site sehingga masalah ini selesai.saya tidak suka hanya cakap dan cakap mana tindakan mana keadilan untuk kami.saya mewakili semua pengguna yang dipersendakan dengan perkhidmatan yang tidak berguna mengaut keuntungan sahaja.hak kami ,janji astro,perkhidmatan terbaik mana.?

By: ibrahim

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.