Salam sejahtera. Saya mewakili masyarakat yang tinggal di dataran tanah tinggi Bario ingin menyuarakan rasa kesal kami terhadap kincir angin yang telah didirikan di kampung kami sejak lebih 4 tahun yang lalu.

Semasa kincir angn itu didirikan, kami berasa sangat gembira kerana pada kami ianya satu rahmat untuk merasai letrik 24 jam yang berterusan. Tetapi malangnya hingga ke hari ini dan sudah lebih 4 tahun, benda itu tidak pernah berfungsi apatah lagi membekalkan letrik kepada kami. Ini sangat mendukacitakan kami.

Kami sering bertanya kepada wakil rakyat dan YB-YB yang berkunjung ke kampung kami akan kesudahan projek itu. Tetapi tidak seorangpun yang dapat memberi penjelasan kepada kami BILA kincir angin itu akan berfungsi? Yang dapat kami dengar hanyalah bersabar…bersabar dan bersabar…

Kini sudah 4 tahun berlalu, sudah terdapat alat yang rosak dan tidak mungkin ianya akan dapat berfungsi lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak sungguh-sungguh melaksanakan projek itu sehingga selesai dan menguntungkan rakyat sebaliknya ia satu pembaziran wang rakyat..dan yang lebih malang lagi, kami penduduk di Bario seolah-olah ditipu bulat-bulat oleh projek yang langsung tidak berfaedah ini..

Setiap hari kami melihat kincir angin itu setiap hari jugalah kami sakit hati dibuatnya..akibatnya calon BN telah tewas dalam pilihanraya yang lalu..tidak lama lagi PRU akan berlangsung dan jika masalah ini tidak diatasi, kami yakin calon BN pasti akan tewas lagi kerana kami sudah lama terseksa dengan janji-janji kosong BN yang seolah-olah meminggirkan kami yang terletak nun jauh di dataran yang tinggi..kalau begini lah nasib kami, lebih baik kami tidak mengundi calon BN kerana ianya sia-sia sahaja dan sangat mengecewakan…

By: Mat Bario

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.