Mungkin apa yang saya utarakan ini sudah lapuk, tetapi sehingga hari ini isu ini tetap ujud tanpa diselesaikan.

Saya adalah seorang ‘blacklisted’ kerana menjadi penjamin kepada seorang kawan yang membuat pinjaman MARA bagimelanjutkan pelajaran ke luar negara 20 tahun yang lepas,

Baru-baru ini saya telah membuat pertanyaan ke beberapa syarikat pinjaman wang yang berlesen. Apa yang saya dapati amat mengejutkan, Rata-rata kesemua syarikat yang saya hubungi menjalankan perniagaan along 100%.

Mereka menawarkan RM3000 pinjaman dengan kadar faedah 30% sebulan (1% sehari), Itu pun saya akan hanya dapat RM2100 kerana RM900 ditolak atas alasan bayaran peguam dan sebagainya. Saya dibenarkan tidak membayar pokok iaitu RM3000 dan hanya perlu menjelaskan faedah RM900 setiap bulan.

Apabila ditanya tentang perjanjian pimjaman, mereka hanya perlukan tandatangan TETAPI saya tidak diberi salinan.

Kita selalu mendengar orangramai terjerumus dalam isu ini tetapi tiada pihak yang berwajib yang tampil untul menyiasat atau menyelasiakan masalah ini. Syarikat-syarikat ini mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) dan bukan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Saya kira sudah sampai masa kerjaan memandang serius perkara ini dan memindahkan kuasa kepada BNM.

Seperti syarikat-syarikat ini mendapat perlindungan daripa pihak PBT, kerana saya percaya aduan-aduan peminjam tidak dapat mengugat kegiatan mereka yang sebenarnya ALONG yang dihalalkan. Pihak berkuasa seperti SPRM¬†harus membuat ‘surprise audit’ terhadap syarikat-syarikat ini.

Semoga aduan saya mendapat perhatian.

By: a rahim

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.