≡ Menu

Aktiviti Cement Batching Plant di Mutiara Bukit Jalil

Saya dari kawasan perumahan Mutiara Bukit Jalil, Kuala Lumpur ingin melaporkan aktiviti di tapak cement batching plant di kawasan ini. Jarak tapak tersebut hanyalah lebih kurang 50 meter dari deretan rumah penduduk. Mereka beroperasi kadangkala sehingga larut malam dan mengganggu ketenteraman penduduk di waktu malam terutamanya.

Saya tidak pasti samaada DBKL meluluskan tapak tersebut kerana ianya terlalu hampir dengan kawasan perumahan.

BACA:  Ruang Parkir Tidak Mencukupi di LRT Sri Rampai

Batching plant tersebut digunakan oleh pemaju sewaktu proses pembinaan perumahan ini. Tetapi setelah 3 tahun perumahan ini siap, mereka masih beroperasi setiap hari.

Saya amat berharap agar pihak berwajib dapat memantau masaalah ini.

Terima kasih

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Bas Persiaran Berhenti di Tepi Jalan Persiaran KLC... Di Jalan Persiaran KLCC, terdapat banyak bas persiaran yg membawa pelancong asing untuk bergambar berlatarbelakangkan bangunan berkembar KLCC. Masa...
Masalah Pembelian Tiket KTMB Secara Online Salam. Pihak saya dengan ini ingin memohon perhatian pihak SPAD dan badan-badan yg berkaitan, terhadap kualiti servis syarikat Keretapi Tanah Melay...
Kelewatan Pembayaran Elaun Pekerja Cacat (EPC) Assalamualaikum .. Saya seorang OKU PENGLIHATAN .. Pada tahun ini, Kami (Golongan OKU) tidak diberi sebarang notis pemberitahuan atas kelewatan...
Harga Makanan Yang Mahal di Pusat Perubatan Univer... Assalamualaikum Seperti sedia maklum Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya merupakan salah hospital yang menjadi tumpuan rakyat. ...