Aduan tentang kes penipuan Linguaphone

Pada tahun 2007, saya ada mengisi borang yang dikatakan borang kaji selidik. Kemudian saya diminta untuk memberikan ic kepada jurujual kerana mereka ingin membuat salinan sebagai rujukan mereka.

Semalam, 27 Mac 2012, pihak bank telah menghubungi saya dan menyatakan bahawa nama saya sudah disenaraihitam kerana saya telah berhutang dengan syarikat Linguaphone sebanyak RM5000.

Saya tidak berpuas hati, jadi saya menghubungi Linguaphone untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut. Tetapi pihak Linguaphone tetap menyuruh saya membayar tunggakkan tersebut.

Sepanjang lebih kurang 6 tahun kes ini, saya tidak pernah sekali pun dapat barang daripada Linguaphone. Sebarang dokumen jual beli, resit belian dan sebagainye langsung saya tidak perolehi.

Saya berharap pihak aduan rakyat menyemak semula aduan-aduan lain yang banyak mengenai Linguaphone kerana apabila saya google di internet, saya dapati semakin ramai yang terkena dan mengalami nasib yang sama seperti saya.

Kerjasama dan tindakan daripada pihak aduan rakyat amat saya hargai. Terima kasih.

By: Shafieyka

12 thoughts on “Aduan tentang kes penipuan Linguaphone”

  1. saya pun pernah terkena dgn linguaphone..mmg sy ada beli pada tahun 2000,tp dah abis byr..pada tahun  2010 sy hendak membuat overdraft,bank call x lulus coz sy ada CTOS dr Linguaphone…sy call linguaphone,diaorg mintak resit yg menunjukkn sy dh abis bayar..maner sy nk cari resit dh 10thn berlalu…akhirnya sy terpaksa settlekn..bincang punya bincang sy kena byr dlm rm500.Linguaphone ni mmg cekik darah….

  2. YANG TERKENA DIMINTA MEMBUAT ADUAN SERCARA RASMI KEPADA TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM) DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN. DAPATKAN PEJABAT KPDNKK YANG BERHAMPIRAN DAN DAPATKAN MAKLUMAT TERSEBUT DI WEBSITE KPDNKK

    1. mungkin ini jalan yang terbaik.. tapi bila kita report kat sini confirm bole settle ke kes kita?

      1. kalau buat mcm 2..ada tindakan yg tegas ke???pastu boleh ke kes kite menang?? dan adakah kite akan dapat balik duit kita??sebab saya dah bayar sebanyak 6 kali dengan bayaran RM110..

  3. ritu cousin aku beli set nie..tp org yg jual tu xde lak ugut2 @ berkasar.mngkin tgk org yg jual tu gak kot..mn tau time korg ada jurujual yg dtg bulan..hahaha

  4. agen linguaphone banyak menipu pengguna yang tidak bersalah…. sampai bila perkara ini berterusan….

  5. Nama saya juga telah di”blacklist”kan oleh bank negara disebabkan saya tidak membuat bayaran yang tertunggak berjumlah 7k++ kepada syarikat LF tue. Saya baru je dapat tahu pasal nama saya blacklist itupun pada 2minggu lepas saya summit loan dan bank bagitau reject nama sangkut. Terkejut juga sebab masa saya beli produk LF ni januari 2004, salesman/girl (sebab diaorang datang 3 org sekali kat rumah ) cakap harga tengah promosi RM199.00 sahaja. Mula2 taknak ambil tapi bila ayah cakap okay sebab harga dia murah n berbaloi(maklumlah kami orang kampung je,kalau mahal2 memang ayah tak bagi punyeee). Diorang cuma mintak 1salinan i/c je ,tak ada sign apa-apa kontrak langsung macam korang cakap tu then bayar deposit rm50.00 dulu lagi rm149.00 kemudian bayar. 2minggu lepas tu saya bank-in yang selebihnya dekat akaun salesman tu. Saya dapat produk tu tapi yang saya tak puas hati tu sebab dah setahun saya beli,tahun 2005 pihak LF hantar surat mengatakan saya ada tunggakkan berjumlah 2k++.Setahu saya, sepanjang dalam tempoh saya “TAKBAYAR” ,pihak LF serta collecter mereka TIDAK PERNAH menghubungi saya supaya menjelaskan hutang. Saya serahkan kes ni dekat abang saya untuk selesaikannye. Abang saya ade pergi buat report dan menghubungi pihak LF tapi pihak Lf cuma cakap “kita setel dekat sini saja & jangan layan jika terima apa-apa surat dari LF” .Ingatkan betul-betul dah setel tapi tahun 2010 saya terima lagi 1 surat berwarna merah notis pemfailan  mahkamah serta tunggakan berjumlah rm6090.00. Gaduh jugak masa tue dengan MS DEVI dari jabatan undang-undang LF dia suruh saya bayar jugak. Saya cuma cakap saya bayar mengikut apa yang dijanjikan masa salesman/girl LF datang ke rumah & takkan bayar tunggakan tersebut.Sampai lah sekarang ni saya memang takde buat bayaran langsung dekat LF. Bengang jugak sebab nama sangkut pasal LF nie. Saya sedang berusaha untuk lawan balik kes ni dan bersihkan nama saya daripada blacklist. Saya ada buat rujukan dekat peguam yang selalu berurusan dengan ofis saya. Saya harap apa yang terjadi ni satu pengajaran buat saya dan tauladan untuk korang semua. Andai kata rezeki berpihak pada saya,Syukur Alhamdulillah. Dan jika tidak.. saya doakan agar Allah S.W.T membalas perbuatan mereka kerana menganiaya saya & saya tidak akan menghalalkan kesemua duit yang saya perlu bayar sekiranya saya dipersalahkan oleh pihak mahkamah nanti.

    Nota : Salesman/girl :- norasikin binti hussien mohamad,Shaharom bin mustapa, zack.
    Collector yg xpernah call :  Pritam singh s/o jura singh
    Adminn Jabatan Undang2 LF : Ms. Devi 
    Person in charge LF yang pegang kuat hutang saya ni : En.Fauzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>