Pada tahun 2007, saya ada mengisi borang yang dikatakan borang kaji selidik. Kemudian saya diminta untuk memberikan ic kepada jurujual kerana mereka ingin membuat salinan sebagai rujukan mereka.

Semalam, 27 Mac 2012, pihak bank telah menghubungi saya dan menyatakan bahawa nama saya sudah disenaraihitam kerana saya telah berhutang dengan syarikat Linguaphone sebanyak RM5000.

Saya tidak berpuas hati, jadi saya menghubungi Linguaphone untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut. Tetapi pihak Linguaphone tetap menyuruh saya membayar tunggakkan tersebut.

Sepanjang lebih kurang 6 tahun kes ini, saya tidak pernah sekali pun dapat barang daripada Linguaphone. Sebarang dokumen jual beli, resit belian dan sebagainye langsung saya tidak perolehi.

Saya berharap pihak aduan rakyat menyemak semula aduan-aduan lain yang banyak mengenai Linguaphone kerana apabila saya google di internet, saya dapati semakin ramai yang terkena dan mengalami nasib yang sama seperti saya.

Kerjasama dan tindakan daripada pihak aduan rakyat amat saya hargai. Terima kasih.

By: Shafieyka

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.