≡ Menu

Aduan Tempat Penyembunyian PATI di Melaka

Kami ingin melapor tempat-tempat persembunyian PATI di bandaraya-bandaraya atau pekan-pekan kecil Melaka dan kebanyakan mereka berasal dari negara-negara Indonesia, Vietnam, Myanmar dan lain-lain. Mereka sedang bekerja di restoran-restoran dan kilang-kilang berdekatan. Tempat-tempat tersebut adalah seperti berikut:

BATU BERENDAM

  1. Taman Jati > Jalan Mohd Zin Dsh, Jalan Jati, Jalan Batu Berendam, Jalan Bachang.
  2. Taman Merdeka
  3. Kawasan Perindustrian Krubong
  4. Taman Padang Balang
  5. Pasar Borong Batu Berendam dan sekitar kawasan tersebut di atas.
BACA:  Aduan Mengenai Kegiatan Pelacuran di Kota Damansara

TAMAN MALIM JAYA

  1. Jalan Tun Teja
  2. Jalan Malim Jaya
  3. Jalan Plaza Pandan Malim
  4. Taman Industri Malim Jaya
  5. Taman Merdeka Permai dan sekitar kawasan tersebut di atas.

Mengikut maklumat didapati, kebanyakan PATI salah pakai kad-kad daripada Khidmat Imigran Wilayah Persekutuan untuk bekerja di merata-rata tempat tersebut di atas. Sebahagian besar PATI tersebut adalah pelarian dari majikan-majikan asal dari Melaka atau Johor Bahru.

Apa yang lebih membimbangkan adalah terdengar berita-berita ada kumpulan-kumpulan penipu yang cuba memujuk majikan-majikan PATI dengan bayaran tertentu untuk tujuan mengeluarkan Kad Pengenalan Merah Palsu baru-baru ini.

BACA:  China Ladies Without Permit Are Giving Messages and Destroying Families

Oleh itu, kami berharap kerajaan bukan saja menumpukan operasi saja di Kuala Lumpur dan Selangor tetapi meluaskan operasi dan kekerapan di negeri-negeri Melaka, Johor dan Pahang yang merupakan kawasan persembunyian PATI-PATI yang paling banyak. Setengah-setengah PATI juga tinggal berdekatan di Balai-balai Polis dan sudah lama berkawan.

Terima kasih !

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan