≡ Menu

Aduan Rakyat TV3

Aduan Rakyat TV3

Aduan Rakyat TV3 memberi fokus kepada masalah rakyat termasuk komuniti, kerosakan harta benda awam, ketidakadilan dalam isu penggunaan, kekurangan dalam infrastruktur kepada golongan kurang upaya, pengangkutan awam dan perkhidmatan sektor awam.

Aduan Rakyat TV3 tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak yang berkaitan sebaliknya bertujuan memaparkan masalah yang dihadapi rakyat dan mencari penyelesaian dengan kerjasama kerajaan tempatan, pemaju dan badan bukan kerajaan (NGO).

BACA:  Premis Perniagaan Retak di Kampung Temau

Tidak semua masalah rakyat diketahui oleh pihak berwajib, justeru kita akan memainkan peranan untuk mengetengahkan masalah itu bagi perhatian mereka.

Aduan Rakyat TV3 akan memastikan laporan dilakukan dengan adil dan mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.

Aduan Rakyat TV3 menerima banyak aduan melalui emel namun tidak semuanya dapat diberi perhatian kerana tempoh bagi siaran berita agak terhad.

BACA:  Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Justeru, Aduan Rakyat TV3 adalah platform terbaik rakyat Malaysia membuat apa saja aduan.

 

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan