Adakah wajar & bertanggungjawab terpaksa melalui 18 jam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu dengan bas Transnasional?

Kami ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan bus Transnasional yang amat tidak bertanggungjwab. Kami juga sedar dengan dengan banyaknya aduan-aduan dari para penumpang lain yang juga teraniaya dengan pihak Transnasional di akhbar-akhbar & internet.

Saudara kami sepatutnya menaiki bas Transnasional dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu yang dijadualkan pada pukul 10malam, 2hb Mac 2013, dan sepatutnya tiba di Kuala Terengganu pada jam 6pagi, 3hb Mac, 2013. Tiket perjalanan telah dibeli seawal 27hb Februari 2013. Setibanya kami di Terminal Larkin pada pukul 9.30malam, kami ke kaunter untuk mendapatkan no. plat bas yang akan dinaiki tetapi hanya diarahkan menunggu sahaja diplatfrom. Kebiasaannya syarikat bas akan memberitahu no. plat bas tanpa sebarang masalah.

Setelah satu jam menunggu, kami sekali lagi ke kaunter pada jam 10.30malam, kami diberitahu bas sekarang di Labis, Johor dan akan tiba lewat pada jam 11malam ke 11malam lebih.

Walaubagaimanapun, bas hanya tiba pada pukul 12.15pagi (3hb Mac, 2013), bas Transnasional (bertanda Kuala Terengganu). Bas ini baharu sahaja sampai dari Kuala Terengganu dan diarahkan untuk pula untuk memandu semula ke Kuala Terengganu dengan pemandu bas bas yang sama. Kami yang berada diplatform dapat melihat dari jauh pemandu dipujuk untuk memandu semula. Ini bererti pemandu dan bas ini tidak dapat berehat secukupnya sebelum memulakan semula perjalanan, kami dapat melihat dengan jelas keadaan salah seorang pemandu yang masih keletihan dan mata yang bengkak.

Bas bergerak & memulakan perjalanan pada jam 12.45pagi. Walaupun bas lewat 2 jam 45 minit dari jadual asal, penyeksaan yang ditanggung penumpang-penumpang bas ini masih belum berakhir.

Pada lebih kurang jam 7pagi, bas ini sampai ke Kuantan, Pahang dan penumpang-penumpang diarahkan menunggu bas Transnasional lain untuk menghantar mereka ke Kuala Terengganu. Saudara kami & penumpang lain dibiarkan menunggu hingga ke petang sebelum bas lain tiba untuk menghantar mereka ke Kuala Terengganu. Betapa terseksa dan teraniayanya saudara kami dan penumpang lain terpaksa melalui perjalanan ini.

Saudara kami dan penumpang lain akhirnya tiba di Kuala Terengganu pada jam 6.40petang (3hb Mac 2013). Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 8 jam, terpaksa dilalui dengan 18jam, dengan waktu menunggu yang amat tidak munasabah.

Saudara kami juga berisiko dibuang kerja atas ketidakprihatinan & perkhidmataan tidak bertanggungjawab bas Transnasional ini kerana dia tidak dapat sampai ketempat kerja pada 3hb Mac 2013.

Sekiranya pihak bas Transnasional tidak mampu untuk menyediakan bas ke Kuala Terengganu, pulangkan sahaja tambang penumpang-penumpang. Janganlah kerana tamakkan duit sanggup menggadai nyawa penumpang-penumpang dan pemandu bas dengan perkhidmatan seperti ini. Masa saudara kami dan penumpang-penumpang terbuang begitu sahaja, malah terpaksa menggadai nyawa dengan keadaan bas & pemandu yang tidak cukup rehat.

Kami memohon kepada pihak-pihak bertanggungjawab supaya menyelidik mengenai aduan kami ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Kami sentiasa menyokong usaha & perniagaan warga tempatan tetapi sekiranya sokongan kami dibalas dengan racun, bagaimana kami dapat terus menyokong?

By: azid

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.