≡ Menu

Aduan Kemudahan Awam di Pasaraya The Store Sg Buloh

Kepada yang berkenaan,

Ingin saya membuat aduan mengenai kemudahan awam yang terdapat di Kompleks Pasaraya The Store Sg Buloh.

Kompleks Pasaraya ini amatlah mendapat sambutan dari penduduk sekitar tidak kira sama ada di musim perayaan atau hari minggu. Sentiasa dipenuhi orang ramai, namun kemudahan yang ada seperti lif dan tangga eskalator tidak berfungsi dengan baik. Hal ini telah lama berlarutan selama beberapa tahun. Tiada penambahbaikan langsung yang dapat dilakukan oleh pihak pengurusan kompleks The Store.

Pengunjung yang datang ke kompleks ini, jika meletak kenderaan diaras atas kompleks terpaksa menunggu masa yang amat lama kerana lif yang berfungsi hanyalah 1 daripada 5. Pengunjung terpaksa berebut untuk menaiki lif dan ada yang sanggup naik dahulu lif kearas atas walaupun tujuan mereka hendak turun kearas bawah, menyebabkan pengunjung yang sedang menunggu diaras atas tidak dapat masuk disebabkan penumpang sudah penuh. Pengunjung yang tua, kurang upaya, ibu yang membawa bayi amat susah dalam keadaan begini.

BACA:  China Ladies Without Permit Are Giving Messages and Destroying Families

Didalam kompleks pula masalah berlaku kerana tangga eskalator pula yang tidak berfungsi. Keadaan ini menyusahkan kepada pengunjung yang tua dan kanak-kanak kecil juga tidak terkecuali ibu yang mengandung. Bukan baharu perkara ini berlaku, tetapi sudah bertahun lamanya. Tiada jalan inisiatif yang diambil pihak pengurusan untuk memperbaiki kemudahan awam dikompleks tersebut.

BACA:  Perkhidmatan Bas BET5 Teruk

Para pengunjung tidak kisah jika bangunan tersebut agak lama namun biarlah kemudahannya diselenggara dengan baik dan berfungsi. Pengunjung tidak putus-putus mengunjungi kompleks berkenaan tidak kira hari biasa apatah lagi di musim perayaan. Kompleks terbabit akan dipenuhi dengan pengunjung yang ingin berbelanja berbanding dengan Kompleks AEON Jusco Rawang. Sepatutnya pihak pengurusan menghargai pengunjung dengan menyediakan kemudahan yang elok sebagai tanda terima kasih dan mengelakkan aduan atau rungutan daripada pengunjung.

Harap perkara ini mendapat perhatian pihak yang berkenaan dan tindakan dapat dilaksanakan serta kerja dijalankan.

Sekian terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Lampu Isyarat Yang Membahayakan di Persiaran Kuala... Salam Sejahtera. Dengan segala hormatnya saya ingin membawa kepada perhatian tuan/puan berkenaan dengan keadaan lampu isyarat di persimpangan P...
Lori Sampah Melepaskan Air Sampah di Atas Jalan Pe... Saya En. Liong ingin mengadukan masalah bau busuk kesan daripada air perahan daripada lori sampah yang dilepaskan ke atas jalan perumahan di Jalan...
Aduan Mengenai Kegiatan Pelacuran di Kota Damansar... Salam sehjatera, Saya ingin membuat aduan mengenai satu kedai dengan papan tanda 'P**K P****' yang disyaki menjalani kegiatian maksiat. Pada...
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Kapit Motosi... Saya bekerja sebagai Runner/Despatch. Kami penunggang motosikal agak kecewa dengan tindakan MPSJ ingin mengutip duit kami rata-rata purata pendapa...