Aduan telah dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi berulang kali mengenai Foundation Law di MSU yang telah memperdaya dan menghancurkan impian pelajar.

Semasa memulakan kursus mereka dijanjikan bermacam-macam oleh kaunsellor dan pihak universiti. Namun semua tidak dipenuhi. Aduan telah diberikan kepada MOHE untuk diselidiki dan diambil tindakan yang sepatutnya diambil kerana i melibatkan wang ringgit,masa,tenaga,usaha dan yang penting sekali impian pelajar yang seolah-olah dipermainkan oleh pihak IPTS yang memang semua lebih berlandaskan mengutip keuntungan sahaja lebih mengutamakan pendidikan atau mutu.

Pihak MSU dan pihak kaunsellor telah menjanjikan yang kursus Foundation di MSU ini berdaya saing, mampu membimbing pelajar menjadikan bakal peguam, mampu meneruskan tahap ijazah dalam perundangan yang diiktiraf (kerana MSU dalam proses permohonan dengan pihak berkuasa),diiktiraf dan setaraf dengan kursus asas perundangan IPTS lain dan boleh membuat meneruskan ijazah perundangan di IPTS lain, jangka masa kursus yang pendek dan yuran sebanyak RM 11,000.00. Bayangkan perasaan pelajar dan keluarga yang telah berhutang keliling pinggang bila mengetahui ini semua janji kosong dan tipu belaka.

Kebanyakan orang yang memulakan pelajaran di institusi pengajian tinggi untuk asas perundangan adalah orang yang berminat dalam bidang perundangan dan ingin menjadi peguam atau hakim. Tetapi di MSU yang diberikan pilihan selepas tamat Foundation Of Law ini ialah Bachelor Law in business&commerce yang langsung tidak membolehkan lepasan ijazah ini mengamalkan perundangan di Malaysia. Apakah tujuan / motif nya? Dimanakah MOHE bersembunyi? Tiada sebarang bentuk penguatkuasaan terhadap tahap, tarat, promosi, senarai kursus yang ditawarkan di IPTS yang tumbuh seperti cendawan di Malaysia?

Aduan telah diserahkan dua kali, saya rasa seperti rakyat kecil dan pelajar tidak terbela. Syarikat besar yang membuat IPTS ini yang lebih dibela MOHE. Kesian rakyat ditindas.

By: Noor

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.