Aduan berkenaan sikap pembantu penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang
Saya ingin membuat aduan kepada pihak tuan bahawa pada 20 Jun 2011, pihak Pembantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah menyerang kediaman saya dan keluarga serta bertindak agresif dengan mengeluarkan kata- kata kasar, kata-kata ugutan, mengherdik dan tidak sopan di hadapan kediaman kami semasa mengeluarkan kompaun berdasarkan aduan yang diterima tanpa menjalankan proses soal siasat terhadap pemilik kediaman. Selain itu, mereka juga hanya mengeluarkan kompaun semata- mata berdasarkan aduan oleh pengadu tanpa memberi peluang kepada pihak saya dan keluarga untuk membela diri & membuat penjelasan.
Atas aduan seorang individu berbangsa cina yang dimaklumkan oleh En. Faizal iaitu pegawai MPK dimana individu terbabit membuat aduan bahawa pihak kami menjatuhkan tanah dan pasir keatas jalan serta membuang tanah kedalam parit dihadapan kediaman kami sendiri, sedangkan tiada kerja atau sebarang aktiviti binaan atau kerja tanah dilakukan dan langsung tiada tanah didalam parit di depan kediaman kami.
Tujuan saya membuat aduan ini adalah untuk memohon jasa baik pihak tuan membantu membela nasib pihak kami sekeluarga berkenaan tindak tanduk individu berbangsa cina (pengadu kepada pihak MPK) yang berniat jahat, mengeluarkan tuduhan dan aduan yang tidak berasas serta berunsurkan fitnah dan tindakan agresif Pembantu Penguatkuasa semasa menyerang kediaman kami ketika mengeluarkan kompaun.
Selain itu laporan ini juga dibuat kerana perkara ini telah memberi impak negatif dimana menjatuhkan nilai moraliti pihak kami sekeluarga, maruah dan meletakkan imej keluarga kami di tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan kejiranan saya dan keluarga.
kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.
By: nur syahira
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
penanggal
-
penanggal





