≡ Menu

Aduan Berkenaan Projek Perumahan Taman Desa Saujana

Kami warga penduduk Taman Sri Wang Fasa 2 ingin memohon pihak Aduan Rakyat TV3 membuat liputan mengenai projek perumahan Taman Desa Saujana oleh Syarikat Teguh Harian Sdn Bhd bersebelahan dengan Taman Sri Wang Fasa 2. Berikut ada detail mengenai masalah disebabkan oleh projek perumahan tersebut yang dihadapi penduduk Taman Sri Wang Fasa 2:

1. Tiada pagar yang menutupi kawasan pembinaan dimana projek dibiarkan terdedah tanpa kawalan keselamatan walaupun projek perumahan ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 2014.

2. Projek perumahan menganggu kesihatan penduduk dengan berlakunya pencemaran udara oleh kerana kerja-kerja meratakan bukit untuk proses pembinaan. Debu-debu tanah beterbangan menyebabkan kawasan penempatan penduduk dipenuhi debu tanah merah .

3. Keluar masuk lori memgangkut tanah lebihan bukit yang diratakan menggunakan jalan utama yang membahayakan keselamatan warga penduduk taman sri wang.

4. Kerja pembinaan dilakukan termasuk pada hari minggu sabtu dan ahad menyebabkan pencemaran bunyi yang menganggu warga penduduk taman.

5. Jalan utama laluan warga penduduk berlubang dan rosak disebabkan lori membawa muatan berat untuk projek pembinaan.

6. Berlakunya banjir kilat pada tahun lepas di satu lorong perumahan Taman Sri Wang Fasa 2 dimana rumah yang berdekatan dengan tapak projek habis dimasuki air berlumpur.

Warga penduduk telah mengadukan kepada pihak berwajib iaitu Majlis Perbandaran Kangar serta Jabatan Alam Sekitar untuk memantau untuk perhatian lanjut tetapi tiada tindakan susulan yang dibuat.

Berikut adalah gambar bukti kawasan pembinaan yang menganggu warga Taman Sri Wang Fasa 2

Yang benar

Warga penduduk
Taman Sri Wang Fasa 2
02600, Arau Perlis

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan