≡ Menu

Aduan Berkenaan Aeon Kredit Services

 

Aeon sehingga hari ini saya masih belum terima apa-apa update berkenaan aduan unprofesional Aoen Credit Services..

Di sini saya ingin membuat aduan dan rungutan berkaitan beberapa perkara berkaitan pinjaman peribadi AEON Credit Services..Utk makluman, saya ada membuat pinjaman dgn AEON pada 2013..Pada permulaan perjanjian, pegawai AEON mengatakan perjanjian pinjaman ini adalah utk setahun sahaja..Tetapi Pegawai AEON Equinne Seri Kembangan telah melakukan kesilapan dengan meletakkan perjanjian 5 tahun.

Memandangkan perjanjian tersebut sudah dibuat secara talian dalam komputer, pegawai AEON mengatakan tidak boleh mengubah data secara terus dan beliau mengatakan akan mengubah data selepas 3 bulan..Sehingga sekarang, perjanjian pinjaman AEON saya tidak diubah..Sangat kecewa dengan pegawai anda..Saya percaya ia adalah taktik kotor pihak AEON utk mendapatkan bunga atau faedah daripada pelanggan..Mohon maaf baru utk updated isu ini, sebab sebelum ini saya tidak mengetahui cara utk mengemukan aduan awam..

BACA:  Unprofessional Bank Negara Malaysia on Facebook

Aduan telah saya lakukan di HQ AEON di Jalan Raja Chulan, namun tiada jawapan daripada pegawai anda..Saya turut kemukakan aduan berkenaan salah data di kaunter AEON Equinne Seri Kembangan, namun jawapan turut mengecewakan..Saya kecewa saya terus dikenakan cas denda lewat bayar sedangkan kesalahan telah dilakukan oleh pihak AEON Credit Services sendiri..

Di sini saya memohon tuntutan beberapa perkara atas KECUAIAN staff Aeon Credit di Jusco Seri Kembangan:-

1) Mohon pihak Aeon perjelaskan isu perjanjian pinjaman peribadi saya yang sepatutnya tamat pada tahun pertama, bukannya 5 tahun. Saya percaya ia penipuan pihak Aeon yang hendak mengambil faedah atas pelanggan,

2) Mohon dijelaskan isu CTOS/CRISS atas kelewatan bayaran yang berpunca kecuaian staff Aeon Credit.

BACA:  Lori Sampah Melepaskan Air Sampah di Atas Jalan Perumahan Taman Serdang Heights

3) Mohon dibayar semua interest/faedah yang diambil kesempatan ke atas saya sejak 2013-2016 atas KECUAIAN staff Aeon Credit Services kerana gagal memaklumkan tempoh perjanjian yang sepatutnya, saya mohon perjanjian pinjaman untuk setahun, tetapi di create dalam sistem untuk 5 tahun..Staff maklumkan akan kembalikan perjanjian selepas 3bulan, namun masih tidak berubah apa-apa perjanjian. Saya terus membayar interest/faedah. Saya HARAMKAN untuk semua Interest/faedah yang Aeon Credit Services atas KECUAIAN staff kamu.

Mohon tindakan segera.

Sangat kecewa dengan pegawai anda, saya tidak sabar2 menanti utk habis kontrak pinjaman dengan AEON, DAN saya sungguh dukacita utk mengambil pinjaman atau kredit kad dgn AEON, kerana perkhidmatan anda sangat teruk, mohon diperjelaskan isu ini…

Sangat kecewa..

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Cashier Biadap di Tesco Bukit Tinggi Saya telah pada 03/07/2018 pergi ke Tesco, Bukit Tinggi, Klang, Selangor dan beratur untuk buat bayaran pada pukul 12.24pm. Apabila sampai giliran...
Aduan Kemudahan Awam di Pasaraya The Store Sg Bulo... Kepada yang berkenaan, Ingin saya membuat aduan mengenai kemudahan awam yang terdapat di Kompleks Pasaraya The Store Sg Buloh. Kompleks Pasa...
Lori Sampah Melepaskan Air Sampah di Atas Jalan Pe... Saya En. Liong ingin mengadukan masalah bau busuk kesan daripada air perahan daripada lori sampah yang dilepaskan ke atas jalan perumahan di Jalan...
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Kapit Motosi... Saya bekerja sebagai Runner/Despatch. Kami penunggang motosikal agak kecewa dengan tindakan MPSJ ingin mengutip duit kami rata-rata purata pendapa...