Kampung Melayu Raya, Sagil adalah sebuah kampung yang terletak didalam daerah Ledang, Negeri Johor. Kampung ini didalam Mukim Tangkak. ADUN kawasan adalah seorang exco negeri yang menjadi wakil kepada kami melalui DUN Gambir.

Jalan berlopak dikampung ini khususnya di Jalan Mujiran amat teruk, keadaan akan menjadi lebih teruk apabila musim hujan, masalah ini telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian dan akhbar tersebut ada menulis bahawa  ADUN tersebut berkata Jalan Mujiran ini kurang penduduk dan tak perlu dilakukan apa-apa. Yang menjadi persoalan saya kenapa kampung yang bersebelahan kampung ini dalam DUN yang sama dapat jalan berturap, minta pihak yang berkenaan tolong jelaskan.

By: Ibrahim

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan: