2 tahun menunggu surat lantikan DG41
Sebagai menyahut seruan kerajaan memartabatkan kerjaya guru, pada tahun 2003, saya dengan segala susah-payah mengambil inisiatif memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang yang dianggap kritikal (Bahasa Inggeris) di UiTM Seri Iskandar, Perak, walaupun semasa di maktab opsyen saya ialah Bahasa Melayu.
Alhamdulillah, permohonan saya berjaya. Walaubagaimanapun, saya yang mengikuti modul pengajian secara PLK (Pengajian Luar Kampus) tidak diberi kemudahan PTPTN, oleh itu saya terpaksa membuat pinjaman dengan Bank Rakyat bagi menampung kos yuran dan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian tersebut.
Pada tahun 2009, selepas bercuti semester selama hampir dua tahun (berselang) saya berjaya menamatkan pengajian untuk memiliki segulung ijazah dalam Pengajian Bahasa Inggeris. Pada bulan Mei 2010, sekembalinya dari majlis graduasi di UiTM Shah Alam, saya terus membuat permohonan on-line ke SPP bagi tujuan perlantikan ke dg41. Pada 27 Januari 2011 saya telah menghadiri temuduga SPP untuk perlantikan tersebut.
Malangnya, selepas 2 tahun (dari tarikh on-line) sehingga kini saya masih belum menerima sebarang surat lantikan. Mengapa kami yang belajar tanpa melalui BPG dan tidak menerima apa-apa bantuan kerajaan semasa melanjutkan pelajaran dianak tirikan? Berapa lama lagi harus saya menunggu sebelum ditawarkan perlantikan dg41?
Tahukah pihak yang berkenaan bahawa mereka telah dengan sengaja menutup peluang saya untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang lebih tinggi? Yang Berhormat Menteri Pendidikan perlu memandang serius perkara ini kerana guru adalah agen pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kekecewaan boleh menjadi sebab untuk individu bertindak secara radikal.
By: Syahrilazizy
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
luffy





