Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Had Laju Jambatan P. Pinang tidak konsisten

Terlebih dahulu terima kasih kerana telah menyediakan ruangan Aduan Rakyat ini untuk tujuan interaksi secara positif.

Isu yang ingin saya bangkitkan ini ialah berkaitan dengan Had Laju di atas Jambatan P. Pinang yang tidak konsisten seolah-olah seperti memerangkap pengguna jalanraya terutamanya orang dari luar Negeri P. Pinang.

Fakta – Had Laju sebelum jambatan dilebarkan dari 2 lane ke 3 lane sebelum tahun 2011 ialah 80km sejam pergi dan balik.  Tetapi … setelah dilebarkan kepada 3 lane Had Lajunya kini berbeza.

Read the rest of this entry »

Tanah NCR Dicerobohi Oleh Pencuri Kayu Balak

Dengan hormatnya saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan mengenai perkara di atas.

Pada 19.4.2012 saya balik ke kampung, Machan, Kanowit. Sebagai kakitangan kerajaan, saya sering kali menerima pertanyaan mengenai perkara banyak perkara oleh masyarakat setempat.

Salah satu perkara yang seharusnya tidak berlaku ialah mengenai kegiatan pencerobohan tanah NCR oleh syarikat untuk mencuri kayu balak. Menurut maklumat yang diberitahu kepada saya, terdapat kegiantan mencuri kayu balak di kawasan tanah NCR seperti yang ditandakan pada peta. Rakaman aktiviti akan dikirimkan kemudian. Walau bagaimanapun, sekira aktivitipembalakan berkenaan adalah halal atau “legalised” mengapa tindakan pembalak seperti mencuri, tanpa memaklumkan masyarakat setempat.

Read the rest of this entry »

Di mana elaun KAFA yang tidak dibayar?

Saya merupakan salah seorang guru KAFA yangbertugas di wilayah persekutuan ingin menimbulkan isu tentang elaun dari baitulmal yang sepatutnya dibayar setiap bulan telahpun bertangguh pembayarannya selama 2 bulan. Apabila persoalan diajukan pada bahagian pelajaran jawi,dimaklumkan kerana proses pertukaran akaun daripada baitulmal ke akaun jawi,persoalannya mengapa mengambil masa melebihi 2 bulan untuk pembayaran elaun itu?apabila diajukan pula kepada bahagian kewangan dikatakan bahagian pelajaran terlewat memberi baucer untuk diproses pembayaran kerana perlu melalui mesyuarat terlebih dahulu.

Apabila di politikkan isu ini kenapa Jais yang ditadbir pembangkang tiada masalah untuk membayar elaun guru KAFA mereka?Malah dibayar sebagaimana gaji kakitangan awam yang lain menunjukkan mereka menjaga kepentingan guru KAFA yang telahpun berkhidmat bertahun lamanya.

Read the rest of this entry »

Tapak Masjid Ladang Sri Gading

Kami penduduk pekan Sri Gading Batu Pahat, Johor dengan ini merayukepada pihak berwajib agar permohonan tapak Masjid Ladang Sri Gading diberi kelulusan segera.

Tapak masjid telah diwakafkan kepada majlis agama islam johor oleh pemilik ladang sri gading dan majlis agama islam johor telah membuat permohonan serah balik tanah kepada pejabat tanah daerah batu pahat pada bulan 10 2008.

Read the rest of this entry »

Kebanjiran Warga Asing di Sabah

Saya telah lama menetap dalam daerah Lahad Datu sejak mula ditugaskan di sini 17 tahun lepas. Bagaimanapun, sejak 5 tahun kebelakangan ini, saya mendapati bahawa warga asing (  PTI) semakin membanjiri segenap ruang dalam bandar ini, baik di kawasan pasar, stesen bas, blok2 bangunan kormesial dan kawasan perkampungan setinggan. Malah didapati dalam tahun 2011 dan 2012 ini saja, kes ragut dan ugut semakin menjadi-jadi melibatkan mangsa di kalangan remaja dan wanita tempatan. kebanjiran PTI ini sangat mudah dikenali dengan hanya mengenali dialek bahasa Melayu yang digunakan di samping penampilan cara berpakaian. Malah sesetengah tempat berhampiran kawasan setinggan, pernah kelihatan kegiatan menjual ‘syabu’ dijalankan hanya di tepi2 jalan.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di sekitar sini, malah juga semakin serius di Keningau, Tenom, Sandakan dan Kudat ( Ketika melawat atau berkursus di sana ). Tidak terkecuali juga di Kota Kinabalu.

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan perkhidmatan JAIS

Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak kepuasan hati terhadap perkhidmatan yg JAIS sediakan. Saya telah membuat aduan berkali-kali mengenai jiran yang selalu membawa pulang teman wanita ke rumah. Alasan yang saya terima setiap kali saya membuat panggilan, pasukan tidak mencukupi, hubungi kami kembali serta pelbagai alasan lain yang tidak sepatutnya disampaikan kepada pengadu.

Saya amat kecewa dengan perkhidmatan JAIS kerana tidak pernah mengotakan janji untuk menelefon kembali kerana setiap kali saya membuat panggilan, alasan sistem tergendala, pasukan telah pergi membuat serbuan di tempat lain dan berjanji akan menghubungi kembali, tetapi semuanya itu janji tinggal janji. Suatu hari,saya membuat panggilan lagi..waktu itu agak awal untuk membuat aduan, tetapi alasan yg sama diberikan dan alasan yang saya tidak boleh terima pakai sampai ke hari ini adalah tidak cukup anggota untuk membuat serbuan dan meminta saya datang melihat sendiri keadaan di tempat beliau dengan nada yg kasar.

Read the rest of this entry »

Perangkap ‘Off Side’ MBMB

Isu trafik di Bandar Melaka Bersejarah bukan cerita rekaan tetapi yang ini cerita tentang parking. Kita tahu Bandar Melaka merupakan tumpuan pengunjung dari serata ceruk. Dan sesuatu yang agak mendukacitakan terutama di MELAKA RAYA, sistem kutipan parking masih menggunakan KUPON BUKAN TIANG METER walaupan telah mendapat taraf BANDARAYA.

Cuba kita bayangkan pengunjung dari luar yang datang berkunjung,  tanpa INFO yang JELAS tetahu sahaja dapat tiket kompaun. Untuk makluman, pondok pembelian kupon juga terhad. Diandaikan SATU PONDOK dalam radius 10hektar persegi.

Read the rest of this entry »

Kedai mamak harga melampau di Bukit Jelutong

Salam sejahtera,

Baru-baru ni saya telah berkunjung ke rumah kawan di area Bukit Jelutong, Shah Alam. Saya mengambil kesempatan untuk menikmati makan malam di restoran mamak berdekatan sambil berborak-borak. Saya telah memesan sup campur, roti potong dan juga teh-o ais. Setelah selesai makan, saya ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Semasa di kaunter saya dapati ada pelanggan yang tidak berpuas hati meninggalkan kaunter dengan mimik muka yang marah dan masam. Saya tertanya-tanya mengapa pelanggan tersebut berkelakuan sedemikian mungkin sebab harga, servis dan sebagainya.

Taukeh kedai mengira harga makanan yang saya pesan. Saya begitu terkejut dengan harga yang dikenakan. Harga untuk sup campur sahaja RM9.00. Roti potong 3 keping RM1.00 dan teh ais RM1.80. Harga yang sangat melampau bagi sebuah restoran yang kurang bersih dan perkhidmatan pelanggan yang kurang baik. Saya rasa marah dan sedikit tertipu dengan harga tersebut patutla ramai pelanggan yang merungut tidak puas hati.

Read the rest of this entry »

Rayuan Bekas Pekerja Pengenepian MSE Pasir Gudang, 1987

Saya mewakili rakan-rakan yang terlibat dalam pemberhentian pekerja-pekerja MSE pada tahun 1987 akibat dari kegawatan ekonomi negara pada ketika itu. Akibat dari pemberhentian itu,  terjadilah tawar-menawar imbuhan yang berlarutan keperingkat mahkamah tertinggi. Oleh kerana bilangan diberhentikan agak ramai, terjadi kekeliruan dalam mendapat maklumat yang banyak menimbulkan percanggahan sesama sendiri, lalu terdapat yang berkesungguhan untuk meneruskan kes hingga penghujung.

Akhirnya semua tuntutan musnah dan kecewa apabila mahkamah menolak rayuan pekerja-pekerja. Inilah hasilnya gara-gara tunjuk pandai serta angkuh. Peranan lawyer bertukar ganti bagaikan terselit maksud dan ajenda, maka kami yang kuno ni tewas tanpa sebarang ganjaran diperolehi.

Read the rest of this entry »

Duit syiling negara siri ketiga

Salam Tuan,

Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya.

Pada hemat saya, tidak salah kita mengubah corak rekabentuk dan material yang digunakan. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna yang bertanggungjawab, saya ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit syiling atau wang kertas negara ini yang baru, pada masa akan datang hendaklah mengambil kira faktor saiz dan berat yang sama hendaklah dikekalkan.

Read the rest of this entry »